Bersama Ustaz Nursalam Al-Hafiz

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan bersama-sama dengan Ustaz Nursalam Al-Hafiz yang berkebetulan berada di Terengganu dalam usaha dakwah dan mencari dana sumbangan untuk Maahad Tahfiz Darul Huffaz kelolaan beliau di Indonesia.

Hari ini ceramah untuk muslimah dengan fokus yang diberikan terhadap pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. Saya ikuti juga ceramah yang disampaikan. Ternyata beliau mempunyai pendekatan tersendiri dalam menyampaikan ceramah. Memang beliau antara pendakwah berpengalaman.

Saya, Adik Khairul Huffaz & Ustaz Nursalam

Saya juga turut terpukau mendengar ceramah susulan yang disampaikan oleh murid Tahfiznya, Adik Muhammad Khairul Huffaz yang petah berbicara dan tersusun bicaranya. Adik Khairul Huffaz merupakan anak jati Padang (kawasan gempa bumi tempohari).

Masa kami bersama tidak lama, sekitar sejam setengah sahaja. Ramai juga muslimah yang mengambil kesempatan untuk menaja anak-anak murid Maahad Tahfiz Darul Huffaz.

Apapun, perkenalan dengan Ustaz Nursalam Al-Hafiz secara tidak langsung banyak manfaatnya untuk diri saya.

Hilang Suara : Ujian Allah

Semalam saya berusaha juga mendapatkan rawatan daripada doktor ekoran kehilangan suara. Saat berkuliah Maghrib di Masjid Tengku Mizan semalam, amat memeritkan. Begitu juga semasa kelas muslimah pada pagi keesokannya. Tempoh sejam begitu lama dirasai.


Suara saya hilang sejak daripada Jumaat malam Sabtu. Malam tersebut, saya berkuliah kepada peserta Himpit di tapak musolla perkhemahan. Kebetulan baru saja di awal kuliah, elektrik terputus. Kami bergelap dan saya pula terpaksa melaungkan suara dengan begitu kuat untuk memastikan Kuliah Maghrib dapat dihayati oleh semua peserta.

Semasa konsert pada malam tersebut, saya berdekatan dengan seorang anak muda yang tekun menghisap rokok. Nak melarikan diri, serba salah. Tapi akibatnya diri sendiri yang terpaksa menanggung. Kes kehilangan suara seperti ini dikategorikan sebagai kes tidak bahaya (benign). Selain berpunca dari jangkitan kuman, demam selsema atau batuk. Ia turut berpunca daripada bahan-bahan yang menyebabkan keradangan seperti merokok, terhidu atau tertelan bahan kimia.

Hasilnya, malam tersebut saya batuk dan kekeringan tekak. Terpaksa balik ke rumah untuk dapatkan mana-mana ubat yang ada. Pun begitu, kes ini berlarutan sehingga hari ini.


Menurut Doktor, peti suara saya bengkak dan berlaku jangkitan kuman (Acute laryngitis-barangkalinya). Atas nasihat Doktor, saya sebolehnya berehat dahulu daripada berkuliah atau berceramah. Bagi memulihkan sepenuhnya suara saya yang hilang ini, kuliah di Surau Feri Kemasik, Surau Ketengah Jaya, Markaz Cacar dan Balai Islam TNB terpaksa ditangguhkan dulu sehingga suara kembali pulih.

Apapun, ujian Allah ini pasti ada hikmah dan kebaikannya. Ampunkanlah dosaku Ya Allah !

Pelancaran MPV PAS Kemaman

Bersempena majlis penutup Himpunan Pemuda Islam Terengganu, PAS Kawasan Kemaman mengambil kesempatan menganjurkan Majlis Perasmian MPV PAS Kemaman bersempena dengan kehadiran Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, YB Tuan Haji Muhammad Abdul Wahid Bin Endut yang dijadualkan untuk menyempurnakan perasmian penutup Himpunan Pemuda Islam Terengganu 2009.

MPV PAS Kemaman - Hyundai Starex

Dengan pemilikan MPV sendiri, PAS Kawasan Kemaman diharap mempunyai sedikit kemudahan khususnya keperluan membawa anggota jamaah memenuhi tanggungjawab di luar kawasan.

Upacara Perasmian MPV PAS Kemaman

Perjalanan aktivis jamaah dari Kemaman ke Kuala Terengganu bukanlah satu keperluan yang sedikit jika dinilai secara berterusan. Sedikit sebanyak, dengan pemilikan MPV ini akan lebih melicin dan melancarkan lagi gerak kerja jamaah.

YB Tuan Haji Wahid sedang mencuba Starex

Tahniah PAS Kawasan Kemaman !

Warna Warni HIMPIT

Ustaz Azhar Idrus

Kontingen Dewan Pemuda Kawasan-kawasan

Tekun mendengar kuliah Ustaz Azhar

Menghiburkan

Orang kuat HIMPIT

Ribuan peserta & masyarakat
membanjiri Dataran Tok Guru


Kontingen Kuala Terengganu & Kuala Nerus

Ikrar Pemuda

Ikrar Pimpinan

YB Ketua Pemuda turut sertai pertandingan
(Acara Motosikal Lambat)


Ribuan peserta berikrar

Gelombang Hijau

Kontingen Kemaman

Barisan Hadapan - Pemegang Panji


"Pemuda PAS Terengganu, melangkah gagah, mempersada perjuangan,
memimpin perubahan untuk kemenangan Islam, memartabatkan wibawa ummah,
Darul Iman dijulang kembali untuk Negeri Terengganu, InsyaAllah.

Momentum Baru Kebangkitan Pemuda Terengganu

Alhamdulillah, Himpunan Pemuda Islam Terengganu 2009 telah berjaya melabuhkan tirainya pada Sabtu, 31 Oktober 2009. Himpunan pada kali ini boleh dikatakan sebagai perhimpunan yang berjaya. Ia berjaya meledakkan semangat baru pemuda untuk mencetuskan momentum kebangkitan kemenangan Islam dalam tempoh terdekat.

Peserta-peserta HIMPIT 2009

Meskipun begitu, kebangkitan ini tidak wajar dibiarkan sepi tanpa tindakan di peringkat Dewan Pemuda Kawasan-kawasan. Lambat bertindak menyebabkan pemuda akan hilang sasaran dan jamaah akan kerugian.

Semangat jihad yang dilontarkan dalam HIMPIT pada kali ini disambut dengan baik oleh seluruh pemuda-pemuda. Pendekatan dakwah yang bijaksana makin menampakkan kesungguhan peranan Dewan Pemuda PAS Terengganu untuk menjadi jentera utama meraih kemenangan besar dalam pilihanraya akan datang. 'Orang Muda Geng Kite' kalimah keramat yang mempunyai aura tersendiri jika pemuda-pemuda PAS lebih kreatif dalam melaksanakannya.

Khusyuk mendengar kuliah Ustaz Azhar

Himpunan kali ini menaruh harapan yang besar untuk kemenangan Islam di Terengganu.

"Ya Allah ! Engkau amat mengetahui, berhimpunnya hati-hati manusia ini di Dataran
Tok Guru, adalah kerana mencintai engkau, mereka bertemu kerana mentaati engkau, mereka bersatu di atas jalan dakwahMu, mereka berjanji setia untuk membantu agamamu..
Ya Allah ! Kurniakan istiqamah yang berkekalan kepada pemuda-pemuda kami,
kurniakanlah kemenangan untuk perjuangan kami !"

Countdown HIMPIT 2009

10 hari lagi


Skim Aqiqah Untuk HIMPIT

Sempena Himpunan Pemuda Islam Terengganu 2009 pada 29 - 31 Oktober 2009 di Dataran Tok Guru, Kg. Geliga, dipelawa kepada semua muslimin yang mengikuti blog ini untuk menyertai skim aqiqah khas yang dianjurkan ini.


Penyertaan saudara didahului dengan ucapan terima kasih.

Peperiksaan Akhir Tahun PASTI

Didoakan kepada semua anak-anak didik PASTI Kawasan Kemaman berusaha dengan gigih dan mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Akhir Tahun yang bakal diadakan pada 19 - 22 Oktober 2009. Bagi ibu bapa yang berhasrat mendapatkan jadual peperiksaan, sila rujuk : PASTI Kemaman.


Semoga semua beroleh kejayaan.

10 Resolusi Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu



Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2009 telah menghasilkan 10 resolusi. Perisytiharan resolusi di akhir ijtima' itu telah dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Resolusi, Dato' Husain Awang.

Resolusi tersebut adalah sebagaimana berikut:-

Menyedari ideologi dan sistem ciptaan manusia telah terbukti mengalami kegagalan, bermula daripada blok komunis, sosialis dan kini diikuti oleh sistem nasionalis dan kapitalis;

Menyedari globalisasi dan liberalisasi tajaan Amerika dan kuasa kuffar menjurus ke arah kezaliman, penindasan dan perhambaan manusia bentuk baru;

Menyedari sejarah telah membuktikan bahawa Islam berjaya mengubah dan membentuk manusia yang sebelumnya jahil, ganas, liar dan zalim sehingga memimpin dunia dan menjadi contoh unggul dalam sejarah kemanusiaan;

Meyakini bahawa PAS telah membuktikan kecemerlangan melakukan perubahan ketika diberi amanah menerajui kerajaan Terengganu pada tahun 1999 - 2004 yang lalu;

Maka Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2009 yang bertemakan "Berubah Untuk Kemenangan Islam" yang diadakan pada 27 - 28 Syawwal 1430 bersamaan 16 - 17 Oktober 2009 bertempat di Markaz Tarbiyah PAS, Kubang Lembek, Manir, Kuala Terengganu membuat ketetapan dengan mengambil langkah-langkah berikut:-

  1. Setiap ahli parti mesti menggabungkan diri atau berintima' dalam saf perjuangan PAS Terengganu mengikut kebolehan dan kepakaran masing-masing, di samping terus meningkatkan ilmu agama dan pengetahuan dalam bidang pengurusan organisasi dan pilihan raya.
  2. Meningkatkan kesedaran dan pengorbanan kepimpinan dan ahli dalam bentuk pemikiran, masa, tenaga dan harta bagi menjayakan agenda perjuangan mengembalikan pemerintahan Islam di Terengganu.
  3. Memperkemaskan pengurusan tarbiyah dan kepimpinan dakwah dan politik dengan lebih tersusun, mantap dan berkesan pada semua peringkat bermula dari peringkat negeri, kawasan dan cawangan termasuk dewan-dewan dan lajnah-lajnah.
  4. Dalam usaha memperkemaskan pentadbiran dan pengurusan parti; keperluan petugas-petugas sepenuh masa perlu ditambah dalam bidang-bidang tertentu; sehubungan itu, usaha memperkuatkan dana/kewangan jamaah perlu dipertingkatkan.
  5. Pencapaian semua peringkat organisasi PAS Terengganu perlu diukur dan dimuhasabah dari semasa ke semasa.
  6. Semua jentera parti hendaklah mendisiplin dan menyusun semual gerak kerja di semua peringkat agar ia selaras dengan perubahan iklim politik negara dan juga matlamat perubahan yang diperjuangkan.
  7. PAS mesti mewujudkan prasarana yang sesuai untuk menyelamatkan generasi muda-mudi agar menjadi pewaris ummah.
  8. PAS hendaklah menguasai gerakan massa melalui institusi-institusi masyarakat bagi mendapat pandangan umum yang baik melalui pembinaan imej, seterusnya mengembalikan 'mood' rakyat untuk menyokong PAS.
  9. Merobohkan tembok pemisah antara ahli PAS dengan mad'u dalam program memasyarakatkan PAS bagi meraih sokongan semua pihak.
  10. Merayu seluruh rakyat Terengganu untuk bersama PAS membuat perubahan ke arah Islam.
Blog Rantau :

Semoga PAS Terengganu makin kukuh mendapat sokongan rakyat keseluruhan.

Berubah Untuk Kemenangan Islam



Ucap Tama Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS sempena Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu.


1.0 MUKADDIMAH

Para peserta ijtima’ sekelian, Hari ini kita masih berada di penghujung bulan Syawal, pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin minal ‘aiddina wal faaizin, kullu ‘aamin wa antum bi khair. Tidak lupa juga kepada saudara-saudara kita yang sedang berjihad di Palestin, Iraq, Afghanistan, Filiphina, Selatan Thailand dan juga saudara-saudara kita yang sedang menghadapi ujian di Padang, Sumatera Barat dan lain-lain.Hari Raya adalah hari kemenangan bagi mereka yang berpuasa dan bagi mereka yang berjihad. Walaupun ribut dan badai melanda bahtera perjuangan, mereka tetap dengan janji dan tidak sekali-kali menukarkannya kepada yang lain. Hal ini telah dikisahkan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran;

“Dan apabila orang-orang yang beriman melihat bala tentera Ahzab, mereka menyatakan inilah janji Allah dan RasulNya, benarlah janji Allah dan Rasulnya. Tidaklah menambahkan kepada mereka melainkan keimanan dan penyerahan diri kepada Allah”.

Dalam suasana berhari raya ini juga, kita menyertai Pilihan Raya Kecil N.31 Bagan Pinang, di Negeri Sembilan. Suatu pilihan raya kecil yang amat buruk, kotor dan jelek dalam sejarah tanah air. Walaupun BN berbangga dengan kemenangan besar mereka, tetapi sejarah telah mencatatkan bahawa sistem demokrasi di dalam negara ini penuh dengan ugutan, permusuhan, rasuah, kebiadaban dan penipuan oleh UMNO/ BN.

Namun, kita tetap bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana mengurniakan kepada kita nikmat yang termahal, nikmat yang diberikan hanya kepada orang-orang yang dikasihiNya iaitu nikmat Iman dan Islam. Bahkan bertambah-tambah syukur kita, apabila dipilih oleh Allah menjadi pekerja dan pejuang Islam berhimpun pada hari ini membincangkan tajuk, “Berubah Untuk Kemenangan Islam”.

2.0 ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN

2.1 Islam Agama Fitrah

Islam, agama seluruh para anbiya’ dan mursalin alaihimussalaa tu wassalam semenjak nabi Adam sehingga nabi kita Muhammad SAW adalah ajaran yang sempurna. Ia bukan ciptaan manusia dan juga bukan ciptaan Nabi kita Muhammad SAW sebagaimana yang diistilahkan oleh orientalis Barat sebagai Muhammadanism (agama Muhammad) tetapi ianya adalah daripada Allah Yang Maha Esa dan Maha Agung. Islam diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW ketika dunia berada dalam kesesatan jahiliyyah (kerosakan aqidah, akhlaq, ekonomi, politik). Penduduk Mekah yang mempunyai Baitullah (Kaabah), telah mensia-siakan ajaran yang di bawa oleh Nabi Ibrahim A.S. Rome, tempat berkembangnya ajaran Kristian, telah menjadi kuasa politik yang memperalatkan Kristian untuk kepentingan segelintir manusia. Parsi, negeri yang maju dari segi aspek kebendaan tetapi penduduknya menyembah api di samping berpegang dengan falsafah Zoroaster. China, penduduknya beragama Budha, Lotze dan Confutze yang mengabdikan diri sesama makhluk. India, negeri yang dibanjiri oleh dewa-dewi yang disembah oleh penganut Hindu. Tidak kurang juga apa yang dilakukan oleh penduduk Asia Tengah dan Timur Jauh yang syirik dan terkapai-kapai dalam kegelapan.

Islam di bawah pimpinan Muhammad SAW, Nabi terakhir memimpin manusia secara fitrah. Lihatlah bagaimana hebatnya wahyu pertama yang diturunkan dalam surah Al-Alaq, ayat 1-5:

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah,dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Islam mengajak manusia mengenal penciptanya, agar mereka mengenal tujuan hidup dan tempat mereka akan kembali di penghujung hayat mereka.

2.2 Islam Merubah Wajah Dunia

Sirah menunjukkan bahawa Islam bukan sekadar berlegar di dalam masjid sahaja. Ianya di sampaikan disegenap penjuru dunia. Setelah berjaya melahirkan peribadi Muslim, keluarga Muslim, masyarakat dan negara Islam di al-Madinah al-Munawwarah. Rasulullah mengembangkan Islam dengan menghantar surat kepada pemimpin-pemimpin yang berada di sekeliling Madinah selepas mengadakan perjanjian Hudaibiyah. Surat-surat dihantar kepada Najasyi (Raja) Habsyah, al-Muqauqis Raja Mesir, Kisra Raja Parsi, Heraqla (Hercules) Raja Rome, pemimpin Bahrain Al-Munzir bin Sawi, pemerintah Yamamah Hauzah bin ‘Ali, pemerintah Damsyik al-Harith bin Abi Syamar dan juga Raja Oman. Kepada Hauzah bin Ali pemerintah Yamamah Rasulullah SAW menulis surat dengan susunan ayat-ayat berikut :-

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Rasulullah SAW kepada Hauzah bin Ali, selamat sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Ketahuilah bahawa sesungguhnya agamaku akan mencapai kemenangan sehingga kepenghabisan sampainya kuku unta dan kuda. Maka dengan Islamlah nescaya kamu selamat, dan aku jadikan (pertanggungjawabkan) untuk mu apa yang telah ada di bawah tangan (kekuasaan) mu.”

2.3 Sistem Ciptaan Manusia Pasti Tumbang

Manusia mencipta sistem-sistem bagi mengurus kehidupan mereka. Sistem ini menemui kegagalan kerana ianya menolak aqidah, syariat dan akhlak yang mulia. Ianya tidak mempunyai piawaian yang mutlak tetapi bersifat anjal mengikut ketentuan masyarakat. Marilah kita melihat bagaimana salah satu sistem ciptaan manusia, iaitu sistem ekonomi. Sistem ini sedang mengalami keruntuhan yang menakutkan kuasa-kuasa besar dunia. Sistem ekonomi kapitalis (perusahan bebas), sosialis (mengembalikan kuasa ekonomi dari Borjuis (kapitalis) kepada golongan Proliter (petani dan buruh), komunis (mengembalikan kuasa ekonomi kepada proliter secara demokrasi dan sederhana) tidak dapat menandingi sistem ekonomi Islam yang dikenali sebagai muamalat kerana ianya berdasarkan wahyu Ilahi bermatlamat mencari keredhaan Allah, meletakan harta hak mutlak Allah dan aktiviti perekonomian adalah ibadat.

Cerdik pandai dalam pelbagai bidang sedang menjenguk kepada kehebatan syariat Islam setelah teori-teori ciptaan barat sudah tidak dapat bertahan lagi. Islam membaiki kefasadan ini sebagaimana yang diperakui sendiri oleh Saidina Umar yang sempat hidup di era jahiliyah dalam ucapannya yang terkenal :-

“ Kami adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari selain daripada Islam untuk mendapatkan kemuliaan, nescaya kita mendapat kehinaan”.

Abad ke-21 menyaksikan bagaimana kekuatan peradaban manusia dicabar oleh zaman. Kemusnahan blok Komunis dari segi geopolitik, ekonomi dan budaya menjadi bukti bahawa ideologi yang tidak bertunjang kepada Islam akan berakhir dengan kegagalan. Blok kapitalis juga tidak dapat diteladani kerana ianya tidak berteraskan nilai-nilai positif. Kehebatan Amerika dan Eropah juga makin meluntur dan tidak dapat lagi dibuat panduan.

Dalam keadaan meraba-raba ini, kita mesti memberi keyakinan kepada dunia bahawa ubat yang paling mujarab untuk membaiki penyakit jahiliyah abad 21 ini hanya kembali kepada Islam. Firman Allah:

“Allah menjadi wali kepada orang-orang beriman dan mengeluarkan mereka daripada kegelapan dan kekufuran, syak serta ragu-ragu kepada cahaya kebenaran yang jelas dan menerangkan dengan mudah dan senang. Sedangkan orang-orang kafir yang menjadi wali atau pelindung mereka adalah syaitan yang menghiasi mereka dengan kejahilan dan kesesatan. Mereka mengeluarkan orang-orang kafir dari jalan kebenaran kepada kekufuran dan pendustaan. Mereka itulah penghuni neraka dan mereka kekal di dalamnya”.

3.0 MENILAI PERMASALAHAN

Perkara pertama yang mesti dilakukan dalam melaksanakan agenda perubahan ialah memahami permasalahan. Terdapat faktor luaran dan faktor dalaman yang menyebabkan adanya masalah dan halangan kepada usaha PAS untuk melaksanakan perubahan. Justeru faktor-faktor ini patut dianalisa agar kita dapat merumuskan cara-cara penyelesaian yang terbaik dalam usaha melakukan perubahan untuk kemenangan Islam.

3.1 Permasalahan yang disebabkan oleh Faktor Luaran.

Musuh-musuh Islam yang dipimpin oleh Amerika dan Yahudi bersama dengan North Atlantic Trity Organization (NATO) terus menerus menunjukkan permusuhannya ke atas umat Islam dengan melabelkan umat Islam sebagai pengganas. Mereka berusaha menyemai perasaan benci masyarakat dunia kepada Islam dengan harapan Islam - yang semakin berkembang dengan pesat termasuklah dalam negara mereka sendiri - dapat disekat dan dihancurkan.

Dasar negara kita yang sekular dengan mengasingkan antara agama dengan kehidupan dunia terutamanya mengenai penyiaran dan hiburan merupakan punca kepada kebejatan sosial dan jenayah yang makin membarah pada hari ini. UMNO pula sebagai parti yang menganut faham liberal tidak berhenti daripada melebarkan kejahilan dan salah faham terhadap Islam dalam masyarakat. Mereka sebagai golongan yang memerintah tidak berusaha memberi kefahaman kepada masyarakat tentang Islam dan syariatnya bahkan mereka hanya memejamkan mata walaupun berlakunya kecelaruan dalam pelaksanaan undang-undang Islam yang diwartakan sendiri oleh mereka sebagaimana dalam kes Kartika Sari Dewi Shukarno di Pahang.

Demokrasi yang dilaksanakan kini penuh dengan kepincangan dan ketidakadilan. Ciri-ciri demokrasi yang sebenar sudah tiada. Maklumat melalui media yang sepatutnya adil kepada semua pihak hanya menyiarkan maklumat untuk sebelah pihak sahaja. Jentera kerajaan digunakan sewenang-wenangnya seolah-olah jentera tersebut bukan lagi milik kerajaan tetapi milik parti yang memerintah. Perhimpunan aman yang sepatutnya menjadi hak dan kebebasan yang dijamin dalam perlembagaan disekat dengan memperalatkan pasukan keselamatan. Bahkan boleh kita katakan, aspek pelaksaan demokrasi oleh negara-negara bukan Islam yang memusuhi Islam lebih baik berbanding dengan negara kita yang diperintah oleh orang Islam sendiri.

3.2 Permasalahan yang disebabkan oleh Faktor Dalaman

Kita telah menyaksikan perjalanan abad-abad silam selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Semakin jauh kehidupan dengan Baginda semakin tercabarlah pula kehidupan umatnya. 14 abad telah berlalu. Gerakan dan parti Islam seperti PAS sewajibnya menilai diri untuk menentukan keabsahannya sebagai sebuah gerakan Islam yang berkesan, melalui kelayakan dan kemampuan untuk menangani gerakan dan politik semasa. Sebagai sebuah gerakan Islam, kita perlu bertanya ;

Pertama : Adakah daya jihad dan ketekunan ahli PAS dalam perjuangan berdaya saing dan berorientasi?

Kedua : Adakah sumber manusia dan kewangannya pada tahap yang munasabah?

Ketiga : Adakah penguasaan ilmu, maklumat dan kemahiran mengatasi pihak lawannya?

Persoalan-persoalan di atas memerlukan renungan yang mendalam dan kecekalan hati untuk menjawabnya. Saya yakin tuan-tuan dan puan-puan sekalian merasa kekurangan di dalam perkara-perkara yang dibincangkan ini tetapi saya juga yakin bahawa tuan puan tidak merasa ragu sedikit pun dengan semangat dan daya juang yang ada untuk berdepan dengan mereka yang menentang kita terutamanya musuh tradisi politik kita dari kalangan UMNO dan BN.

4.0 MENITI PERUBAHAN

4.1 Memahami Fikrah Perubahan

Islam sebagai addin yang sempurna menawarkan kepada seluruh manusia jaminan keselamatan di dunia dan di akhirat melalui suatu proses perubahan hidup dari jahiliyyah kepada Islam. Proses ini bermula dengan keyakinan seseorang bahawa dia adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T untuk menjadi hambaNya dan khalifahNya. Iaitu suatu proses perubahan yang menggarap dan menjawab persoalan besar manusia yang berakal; dari mana datangnya, kenapa berada di persada dunia ini dan ke mana akhirnya.

Sebagai agama yang syumul, Islam merupakan suatu sistem yang lengkap merangkumi hubungan hamba dengan Allah dan hubungan dengan makhluk. Ia dianuti dan dihayati sebagai sebuah cara hidup yang merangkumi pelbagai bidang politik, ekonomi, kemasyarakatan, ilmu pengetahuan, pemikiran (falsafah), dan kesenian yang berpaksikan kepada aqidah tauhid. Adalah suatu tugas yang besar untuk menjayakan perubahan menyeluruh seperti ini. Namun, Rasulullah S.A.W telah diutuskan sebagai pelengkap dan penyudah kepada sekalian para nabi dan Rasul dengan membawa bimbingan ilahi, dengan wahyu al-Quran dan pimpinannya yang dipimpin terus oleh Allah SWT telah berjaya mengubah masyarakat jahiliyyah Mekah dan Madinah serta sekitarnya meninggalkan sistem-sistem yang gasar seterusnya menggantikannya dengan sistem Islam.

Hari ini kita bercakap untuk berubah bagi kemenangan Islam. Kerana Islam mesti memimpin. Allah SWT telah memberikan panduannya yang nyata melalui ayat 11 surah al-Ra’d:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum sehinggalah kaum itu mengubah nasibnya sendiri”.

Kebanyakkan ulama yang mentafsirkan ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT tidak akan mendatangkan azab dan bala bencana melainkan manusia itu sendiri yang berubah daripada keimanan dan ketaatan kepada kekufuran dan kemaksiatan.

Al Ka’bi Rahimahullah berkata: ‘Sesungguhnya kesemua ayat menunjukkan bahawa Allah SWT tidak memulakan sesuatu azab dan bala’ bencana. Beliau mengemukakan beberapa ayat. Di antaranya ialah ayat di atas.

Qatadah ibnu Dua’mah, seorang tabi’in besar, salah seorang anak murid kepada Abdullah Ibnu Abbas berkata ‘Selepas membaca ayat tersebut: Sesungguhnya datangnya perubahan daripada manusia dan permudahan daripada Allah, maka janganlah kamu mengubah nikmat-nikmat Allah pada kamu’.

Ini bermakna untuk mendapatkan kemenangan, pejuang Islam mestilah terlebih dahulu berubah daripada negatif kepada positif, daripada maksiat kepada taat dan daripada perpecahan kepada perpaduan. Kekalahan yang menimpa jemaah Islam bukan semata-mata kerana kejahatan musuh. Akan tetapi juga daripada kelemahan dalam diri jemaah sendiri.

4.1.1 PAS mesti menjadi sebuah parti politik dan gerakan Islam yang disegani

Perkembangan yang berlaku pada hari ini sangat menuntut kepada parti politik dan gerakan Islam yang disegani dalam negara kita. Keruntuhan sistem sekular yang mengasingkan urusan dunia dengan agama memerlukan Islam sebagai pilihan. Sebagai wadah yang membawa Islam, PAS seharusnya disegani dan dihormati agar ianya mudah untuk diterima oleh semua pihak termasuk golongan bukan Islam.Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO kini semakin hampir kepada zaman kejatuhannya sebagaimana yang berlaku kepada parti-parti sezaman dengannya contohnya Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun, Parti Golkar di Indonesia dan parti-parti lain yang telah mengalami penyakit tua sebagaimana UMNO dan BN di Malaysia. Golongan yang jatuh ini akan digantikan oleh parti yang mendapat sokongan rakyat. Oleh itu, PAS mestilah mempunyai budaya kerja untuk menjadi kerajaan yang ditunggu (government in waiting).

4.1.2 Jaminan hidup aman untuk generasi akan datang

Keruntuhan moral dan akhlak pada hari ini telah membawa kepada peningkatan gejala sosial dan jenayah yang akhirnya menganggu gugat keamanan dan kesejahteraan hidup masyarakat. Inilah dia kesan buruk yang diakibatkan oleh sistem pemerintahan yang tidak mengambil kira pelaksanaan syariat serta persoalan dosa dan pahala. Sekiranya perubahan yang kita inginkan itu berlaku iaitu dengan menjadikan Islam sebagai agama yang memerintah, sudah pasti kehidupan yang aman dan sejahtera akan dinikmati oleh generasi yang akan datang.

4.2 Menguruskan perubahan

Dengan menyedari hakikat kekurangan dan kelemahan kita walaupun tanpa menyenaraikannya, marilah kita berusaha menguruskan suatu perubahan ke arah mencapai cita-cita murni iaitu kemenangan Islam.Setiap ahli mesti menggabungkan diri dan berintima’ dalam saf perjuangan. Dengan intima’ ini kita menjadi orang-orang yang berjihad dan bukannya mereka yang duduk tanpa berjuang bahkan menunggu sambil melihat sahaja perkembangan yang berlaku seperti fiman Allah dalam surah As-Saff ayat ke-4. Seluruh kekuatan intelek dan sumber harta benda bahkan masa dan kelapangannya digunakan untuk meningkatkan kualiti dan daya juang sebagai seorang muslim yang melaksanakan tanggungjawab fardhu ‘ain dan fardhu kifayah.

4.2.1 Keperluan PAS menguruskan agenda tarbiyyah dengan lebih mantap dan kesedaran sebenar ahli kepada kepentingan tarbiyyah harakiyyah dalam keimanan, keilmuan, kemasyarakatan dan kecergasan.

4.2.2 Peranan Organisasi PAS daripada atas hingga ke bawah dan peranan dewan-dewan (ulama’, Pemuda dan muslimat) serta sayap-sayap organisasi parti yang terdiri dari lajnah-lajnah semua peringkat hendaklah digaris pandukan pencapaiannya oleh Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Latihan-latihan kepada petugas dilakukan secara terus menerus sementara kepentingan perkaderan pelapis diberikan perhatian. PAS juga memerlukan skim pembangunan sukarelawan atau pekerja sukarela dalam pelbagai bidang, agar mereka dapat membantu parti secara terus menerus atau apabila diperlukan.

4.2.3 Keperluan berdakwah ke seluruh negara dalam konteksnya yang munasabah bagi PAS. Orang Melayu sendiri perlu disedarkan dan dibimbing dengan ajaran Islam yang syumul. Mereka adalah mad’u yang terdekat dengan PAS.

4.2.4 Meningkatkan pengorbanan ahli dalam semua sudut (intelektual, harta, masa dan tenaga)

4.2.5 Membina pandangan umum yang baik melalui pembinaan imej seterusnya mengembalikan mood rakyat untuk menyokong PAS melalui program-program kemasyarakatan.

4.2.6 Memperluaskan penggunaan media baru

4.2.7 Merancang penguasaan gerakan PAS dalam masyarakat dan memikirkan cara-cara yang baik bagi memungkinkan PAS memimpin masyarakat.

4.2.8 Menguruskan badan-badan dan institusi-institusi parti seperti Nisa’, Waja dan PASTI.

4.2.9 Muda-mudi adalah harapan jamaah dalam melahirkan Generasi Rabbani. Mereka hendaklah dilihat dengan penuh kasih sayang dan dibimbing dengan hikmah dan kebijaksanaan. Sesungguhnya kerajaan UMNO/BN tidak mampu lagi untuk memimpin mereka dan menunjukkan contoh tauladan yang baik untuk mereka. Dasar-dasar penyiaran, kebudayaan dan sukan; filem-filem yang ditayangkan, majalah-majalah dan lebih-lebih lagi pusat-pusat hiburan menjadi alat perniagaan yang penyakitnya membarah ke dalam masyarakat. Jenayah arak, dadah, persundalan, pergaulan bebas tanpa batasan agama dan budaya hidup berpeleseran adalah wajah muda-mudi hari ini. PAS mesti bertindak segera merubah suasana menyelamatkan generasi muda agar menjadi pewaris ummah dan tanah air pada masa hadapan.

4.2.10 Kewujudan kepimpinan pemuda PAS di peringkat negeri hingga cawangan adalah bagi menjamin kesinambungan perjuangan ini dan mengembangkan pengaruh Pas kepada orang-orang muda daripada pelbagai latar belakang budaya. Kepimpinan pemuda mestilah berusaha melahirkan pemuda berilmu, beriman, berketerampilan dan kuat semangat. Meramaikan naqib muda bagi mengendalikan usrah remaja terutama dari kalangan anak-anak ahli Pas perlulah diagendakan supaya kewujudan keluarga muslim terbina dengan terancang. Aktiviti hiburan, sosial dan sukan yang menjadi jambatan penghubung dengan warga muda perlu diurus dengan bijaksana tanpa melangkau batasan syariah.

4.3 Natijah Perubahan

Alhamdulillah, hasil daripada polisi memasyarakatkan PAS, Membangun Bersama Islam dan PAS untuk semua, kita telah berjaya memerintah pada tahun 1999 – 2004 dan seterusnya mengembangkan pengaruh PAS dalam pilihan raya 2004 dan 2008.

Mari kita mengimbas sejenak hasil daripada perubahan yang berlaku untuk kita menilai kepentingan perjuangan kita bagi memenangkan Islam dan menjadikannya berkuasa ke atas negeri Terengganu Darul Iman.

4.3.1 Hasil daripada pemerintahan PAS / BA. Diantaranya ialah:

a) Perubahan ke arah Pelaksanaan Syariat lslam.Kerajaan PAS / BA telah membuat perubahan ke arah pelaksanaan Syariat Islam kerana PAS yakin asas penting pegangan sesebuah pemerintahan ialah melaksanakan syariat Allah. Bagi merealisasikan hasrat tersebut Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu dipinda dan tujuh enakmen telah diluluskan. Pindaan perlembagaan negeri dibuat dengan meletakkan AI-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai sumber undang-undang dan rujukan tertinggi. Sementara enakmen yang diluluskan ialah enakmen, hisbah, enakmen pentadbiran hal-ehwal agama lslam (Terengganu) 1422H/ 2001 M), enakmen mahkamah Syariah (Terengganu) 2001, enakmen kesalahan jenayah syariah(Takzir ) ( Terengganu) 2001 dan enakman tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001. Enakman kesalahan jenayah Syariah ( Hudud dan Qisas ) Terengganu 1423H/ 2003 M).

b) Perubahan dan Pembangunan dalam Pentadbiran Kerajaan Pegawai-pegawai kanan kerajaan dibawa bersama duduk semeja dengan Menteri Besar dan EXCO kerajaan bagi merangka dasar dan polisi kerajaan. Hal seperti ini tidak pernah berlaku sebelumnya. Begitu juga dengan dasar kewangan, amalan riba telah ditinggalkan. Pegawai dan kakitangan kerajaan diajak bersama-sama menjalankan tugas sebagai suatu ibadat untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.

c) Pembangunan ekonomi, Kebajikan dan pembahagian kekayaan adalah untuk rakyat.Dasar-dasar pembangunan ekonomi, perindustrian, pertanian, sosial, teknologi maklumat dan komunikasi, pelancongan, pembangunan belia dan lain-lain telah dirangka. Walaupun tanpa royalti, projek-projek pembangunan berasaskan kepada sumber-sumber tempatan seperti sumber perkayuan, sumber mineral, pembangunan tanah untuk pertanian bahkan pembangunan rumah mampu milik dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya. Kerajaan PAS juga melaksanakan kebajikan kepada rakyat dengan menganugerahkan tanah, menambah bantuan kebajikan, menambah bantuan imam bilal, cukai rumah kediaman dan tol juga telah dihapuskan dan lain-lain.

d) Pembangunan pendidikan dan dakwah IslamiyyahKita telah berjaya mengemukakan pelan pembangunan dan program pendidikan yang komprehensif daripada peringkat rendah hinggalah ke peringkat tinggi. Kita berbangga dengan program Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) sehingga kepada kerjasama KUSZA dengan universiti luar. Begitu juga dengan program tarbiyyah, dakwah, amar ma’ruf dan nahi mungkar serta Hisbah.

4.3.2 Sebaliknya, natijah daripada kemenangan UMNO/BN dalam pilihanraya umum ke-11 (2004) telah mendatangkan banyak kerosakan kepada negeri dan rakyat. Kenyataan ini boleh dilihat contohnya daripada aspek-aspek berikut;

a) Pentadbiran negeri menjadi terumbang-ambing apabila kakitangan kerajaan diintip dengan CCTV dan ditekan dengan pelbagai peraturan. Di peringkat kampung, amalan pilih kasih dan mengutamakan suku-sakat menjadi amalan biasa JKKK.

b) Keadaan akhlak generasi muda dan pelajar amat membimbangkan. Ramai pelajar yang terlibat dengan penagihan dadah (pil kuda) dan salah laku seks serta gejala sosial. Kejadian jenayah meningkat dan keruntuhan budi pekerti remaja, pemuda dan pemudi menjadi-jadi. Kegiatan ’menogok’ arak dan judi, telah mula menjadi ’nadi’ kehidupan kota Kuala Terengganu dan bandar-bandar lain.

c) Pengurusan Ekonomi dan pembangunan negeri dimonopoli oleh kroni. Pengangguran meningkat, kemiskinan rakyat Terengganu kembali ke tangga utama, rakyat marhaen yang dibela, dianugerah tanah oleh kerajaan PAS, dirampas dan dihina.

d) Terengganu kehilangan pusat pendidikan agama dengan penutupan KUSZA. Anak-anak pintar dari jurusan agama yang ingin melanjutkan pelajaran disekat bantuan dan biasiswa. Sedangkan anak-anak Exco mendapat bantuan biasiswa percuma.

Dengan menyedari hakikat, betapa kuasa pemerintahan memainkan peranan untuk menegakkan yang maaruf dan meninggalkan yang mungkar, maka usaha menguruskan perubahan dengan serius dan sistematik mestilah diambil sebagai kewajipan yang sebenar-benarnya di semua peringkat. InsyaAllah, setiap kita yang hadir di dalam perhimpunan ini mampu menjawab bagaimana melaksanakannya.

Marilah kita bercita-cita melakukan perubahan untuk kemenangan Islam agar suasana seperti yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W kembali ke Negeri Terengganu Darul Iman:

“Demi Allah, pasti Allah akan menyempurnakan agama ini sehingga seorang yang berjalan dari Sana’ ke Hadharal Maut, tidak merasa takut melainkan kepada Allah dan hanya bimbang kepada serigala yang akan menangkap kambingnya.”

5.0 PENUTUP

Adalah menjadi tanggungjawab kita disemua peringkat meletakan diri kita berdasarkan kelebihan dan kepakaran masing-masing yang dikurniakan oleh Allah untuk sama-sama merapatkan saf perjuangan serta menjana kekuatan parti dan menempatkannya di persada dunia: bersaing dalam arena politik bagi menguasai Malaysia Negara tercinta. Sesungguhnya kita semua adalah mujahidin Ummah. Kita mesti bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita murni ini. Kenapa tidak?... Allah telah menjamin bahawa kemenangan ini bersama-sama kita seperti yang termaktub di dalam firmannya:
“Adalah menjadi hak Kami membantu orang-orang yang beriman”.

Justeru itu, berusahalah melaksanakan segala perintahNya pada setiap masa, berjuang untuk melaksanakan perintahNya yang belum dilaksanakan lagi dan meninggalkan segala laranganNya. Dia memerintahkan kita untuk mencari jalan bagi mencapai kemenangan Islam. Kita memilih perjuangan secara damai (pilihan raya) sebagai wasilah untuk mendapatkan kekuasaan bagi melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Kita memohon kepadaNya agar terus istiqamah berjuang menegakkan agama ini, walau apapun mehnah dan fitnah kerana jaminannya:

“Sekiranya engkau menolong Agama Allah, Dia akan menolong kamu dan menetapkan kaki-kaki kamu”.

InsyaAllah kita akan terus memacu kehadapan dengan penuh izzah dan taqwa kepada Allah S.W.T. dan mendapat keredhaan Allah serta syurgaNya. Samada kita mencapai kemenangan, atau kita syahid di jalannya.

Akhirnya dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, saya rasmikan ijtima Kepimpinan Negeri Terengganu kali ke 13 dan saya doakan ijtima’ ini mendapat keberkatan sepanjang perjalanannya.

Kisah Lima Perkara Aneh


Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli feqah yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat :-

1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah.

2. Engkau sembunyikan.

3. Engkau terimalah.

4. Jangan engkau putuskan harapan.

5. Larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya.

Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa :

1. Engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

*** Siapa yang tahun mana sumber cerita ini? Tolong kongsikan !

Apapun, banyak manfaatnya daripada kisah aneh yang ringkas ini.

Tinggal Kenangan ...

Masjid Batu Putih runtuh... Semua rakyat Malaysia tahu..

Siapa yang salah... Semua rakyat boleh bagi jawapan yang tepat dan betul..

Bagi anda yang ingin melihat gambar rakaman sebelum dan selepas saya uploadkan. Baru je dapat dari kawan yang kebetulan pernah merakamkan gambar-gambar masjid di sekitar Kemaman.


Sebelum runtuh, tersergam indah


Selepas runtuh (Hadapan)

Pandangan Sisi

Selepas runtuh (pandangan sisi)

Bahagian hadapan ranap

Alangkah nahasnya kalau runtuh semasa Khutbah Jumaat.


Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu

Selamat berijtimak buat semua kepimpinan PAS Negeri Terengganu di Markaz Tarbiyah PAS Kubang Lembek.


Acara tahunan PAS Terengganu pada kali ini telah memilih kawasan Dato' Pesuruhjaya PAS iaitu Dato' Tuan Guru Haji Harun Bin Taib. Kehadiran seramai hampir 5000 peserta ini amat penting dalam membentuk acuan kemenangan sempena PRU ke 13.

Pada malam ini, Ceramah Perdana akan diadakan di Pekan Manir. YAB Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS dijangka hadir bagi menyampaikan ceramah.

Terima kasih buat semua petugas-petugas jamaah yang tekun menjayakan program besar pada kali ini.

Selesai sahaja usrah DPPNT semalam, saya berkesempatan melihat dan meninjau persiapan yang dilaksanakan oleh pihak Kawasan Hulu Terengganu. Saya cukup seronok melihat anak-anak muda yang bertugas semalam di perkarangan Markaz Tarbiyah PAS Kubang Lembek. Masing-masing cukup ceria dalam menyusun persiapan Ijtimak ini.

Buat perserta Ijtimak, semoga PAS Terengganu berjaya melakar tindakan dan resolusi penting melalui Ijtimak pada kali ini.

"Selamat Berijtimak"

Pendaftaran PASTI Kemaman : Kini Dibuka

Bagi sesi pengajian 2010, PASTI Kemaman telah membuka pendaftaran kepada seluruh masyarakat tempatan di 24 buah PASTI yang berada di seluruh kawasan Kemaman.


Kenapa memilih PASTI ?

Sila ikuti maklumat asas berkenaan PASTI seperti di bawah :-

VISI

Melahirkan Insan Soleh di Malaysia melalui pendidikanp pra sekolah sebagai elemen terpenting.

MISI

Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan serta kuantiti PASTI di Malaysia bagi menjadikan PASTI pilihan utama kepada masyarakat yang cintakan pendidikan Islam.

MATLAMAT PENUBUHAN PASTI

Matlamat Am

  1. Mengembalikan pemafahaman masyarakat umum kepada kepentingannya pendidikan Islam dan meransang kepekaan kebangkitan Islam sejagat.
  2. Mengadakan pendidikan awal (pra-sekolah) bagi melahirkan insan yang beriman, berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia.
  3. Menyediakan wadah awal pendidikan berorentasikan harakah Islamiah untuk jangka masa panjang.
  4. Menjadi pusat untuk membentuk fikrah masyarakat yang sedang mengalami dan menghadapi keruntuhan aqidah dan akhlak akibat dari serangan ideologi sekular dan kebendaan.
  5. Menyedarkan masyarakat umum tentang hakikat tarbiyah Islamiyyah beristiqamah dan beriltizam dengan Islam.
Matlamat Khas
  1. Menyedar dan meningkatkan kesempurnaan Tauhid agar beramal dengan setiap kebaikan yang diredhai Allah dan RasulNya dan meninggalkan setiap kemungkaran yang dimurkai Allah S.W.T.
  2. Membentuk peribadi insan agar mencontohi peribadi mulia Rasulullah s.a.w.
  3. Memberi galakkan kepada kanak-kanak secara intensif agar mereka dapat menjiwai fitrah kelahiran manusia dan mengabdikan diri hanya kepada Allah
  4. Memberi kesedaran betapa pentingnya bahasa sebagai alat komunikasi dalam kehidupan seharian terutamanya bahasa Al-Quran
OBJEKTIF PENDIDIKAN PASTI
  1. Menyediakan proses pendidikan awal yang berorentasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal.
  2. Mendidik jiwa dan akal kanak-kanak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis.
  3. Membimbing kanak-kanak supaya menghayati ibadah , akhlak dan cenderong melakukan ma’ruf serta meninggalkan mungkar.
  4. Melatih kanak-kanak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran , doa dan zikir.
  5. Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak asas-asas bahasa, matematik dan komunikasi ke arah kebolehan membaca, mengira, menulis dan menghafal.
Semoga anda tidak kecewa dengan PASTI !

Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 10 K

Tempoh berbaki untuk menerima kunjungan seluruh pemuda-pemuda PAS Negeri Terengganu ke Kemaman sudah begitu hampir. Acara tahunan yang besar ini telah memberikan peluang kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman untuk menjadi tuan rumah. Dataran Tok Guru di perkampungan Geliga menjadi pilihan untuk penganjuran program berprestij bagi pemuda PAS Terengganu.

Asakan keganasan dan budaya ala samseng Putera dan Pemuda Umno semasa tempoh kempen PRK di Bagan Pinang tempohari diharap menjadi satu lontaran semangat pemuda-pemuda PAS dari seluruh pelusuk Terengganu untuk berkunjung ke Kemaman, kawasan paling hujung selain Besut.

Bagi kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kemaman, pemilihan sebagai tuan rumah amat dihargai dan akan diusahakan untuk menjayakannya sebaik yang mungkin.

Kepadatan program pada setiap hujung minggu pada Oktober ini benar-benar menguji petugas-petugas jamaah. Proses untuk menjayakan Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu Kali Ke 13 pada 17 Oktober dan Sambutan Jubli Perak PASTI Terengganu pada minggu berikutnya. Minggu terakhir Oktober, HIMPIT pula bakal menyusul.

InsyaAllah, jika tiada sebarang halangan, Jumaat terdekat ini satu khutbah sempena HIMPIT akan saya sampaikan di Masjid Pasir Minal, Kemaman. Tujuannya adalah untuk mendapatkan dana kewangan sebagai sokongan perjalanan HIMPIT pada tahun ini.

Dewan Pemuda PAS Kemaman mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Jawatankuasa Masjid Pasir Minal yang sudi memberikan ruang untuk tujuan ini.

Semua pemuda dan rakyat Kemaman dijemput menghadiri program ini di Dataran Tok Guru, Geliga sebagaimana maklumat yang dinyatakan dalam poster.


Sekali lagi, masa yang berbaki sudah tidak berapa lama lagi. Semoga HIMPIT pada kali ini berjaya mencapai sasaran yang digariskan.

"Selamat BerHIMPIT"



Majlis Sambutan Hari Raya 'Idil Fitri PAS Kemaman


PAS Kawasan Kemaman akan mengadakan Majlis Sambutan Aidil Fitri pada Khamis, 15 Oktober 2009 di Perkarangan Pejabat PAS dekat sini.

Yang Dipertua PAS kawasan Kemaman, Haji Ismail Harun berkata majlis anjuran bersama Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat bermula jam 12 tengahari hingga 3 petang.

"Majlis ini sepatutnya diadakan pada 3 Oktober yang lalu, tetapi terpaksa ditunda kerana pertembungan dengan pilihanraya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan,katanya lagi.

"Saya bagi pihak PAS Kawasan Kemaman menjemput orang ramai hadir beramai-ramai memeriahkan majlis ini, terutama warga Kemaman dan insyaAllah duit raya akan diberikan kepada kanak-kanak", katanya.

DPPKK Online dimaklumkan, disamping pelbagai juadah tradisional dan moden disediakan, kaunter pendaftaran ahli PAS dan semakan daftar pemilih turut diadakan.

BLOGRANTAU : Semua dijemput hadir memeriahkan sambutan ini.

http://dppkk.org

Bandaraya Islam & Ummah Yang Salam


Salam Ramadhan !

Seketika, membaca cerpen di bawah membuatkan mata saya bersinar menaruh harapan keindahan pemerintahan Islam. Saya yakin, sudah ramai pembaca yang mengikuti nukilan cerpen ini. Tetapi tidaklah salah untuk bercita-cita melihat Islam diamalkan oleh masyarakat dunia pada hari ini.

Justeru, cerpen ini mampu membawa semangat kepada semua pejuang Islam. InsyaAllah.

Hayatilah !

***

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot atau purba? begitulah detak hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampaknya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum Warahmatullah, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu sebahagian daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya. Dia bingkas berpaling.

Siapa kau berani menegurku? Aku Datuk Dr. Johar, orang besar negara ini.

"Pakcik, biarlah saya tolong kutip, sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.

Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis.

Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang-siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini? gerutu hati Datuk Dr.Johar.

"Oi budak, Aku di mana sekarang?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. 'Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya?' teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar.

Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.

"Assalamualaikum....Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Siddiq ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan Salawat 100 kali." Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. 'Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang.' Namun egonya membumbung tinggi.

Apa ? Kau nak marahkan aku ? Ni duit lima ratus. Aku tak mahu buat apa yang kau minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ha? tanyanya angkuh lagi ego.

Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat, kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

Oh, oh.... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu? Tanya pegawai itu pula.

"Aku yang gila, atau dia yang gila?" Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tidak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula, Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. 'Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.'

Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni.

Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Siddiq ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Siddiq.

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. Di mana aku sebenarnya ni? Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit di tengah Bandar Kuala Lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tidak ada.

Pakcik di Bandar Muthmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din, Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan zahir batin bandar ini.

Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi Jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.

"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas solat nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat..."

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan usia berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa.

Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah! seksa Neraka amat pedih.. Tolonglah, tuan. Hukumlah saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat! rayu lelaki itu.

Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Dia lari sekuat-kuat hati. Peliknya mereka tidak mengejarnya. Dia terlepas... Lega. Dahaga, lapar mula menyerang tekak dan perutnya. Dia mesti makan. Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba dia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :

"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Beliau merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini beliau menjamu makan dan minuman. Silalah hadir!"

Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih makanan. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah. Matanya tak betah lagi melihat semua itu. Tapi kerana lapar dia masuk juga.

Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki.

Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan. Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya.

Ada tak restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni! Lelaki itu tersenyum.

Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad, Pemimpin Darul Khusus telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan. terangnya. Mukanya jernih. Serban dan jubahnya serba putih. "Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni... gila!"

Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Siddiq ini. Tidak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Masya`allah. Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika dia manggeleng-gelengkan kepalanya. 'Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar.' Datuk Dr. Johar pun duduk.

Nasi beriani sepinggan! ujarnya kepada pelayan.

Dalam pinggan, tuan? tanya pelayan itu kehairanan.

Ya! Apa peliknya?

Baik, tuan. Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang? tanya pelayan berkulit hitam itu.

Dia bertambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu ke tempat manusia yang sedang menikmati makanan. Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. 'Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian!' Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.

"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jamaah Subuh. ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja.

Enta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain? tanya sahabat di sebelah. Dia nampak bersimpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja.

Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit... Malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana. Keluhnya.

Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantu kita. Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita. keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.

Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Ana pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk ana daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya.. ana nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat, kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan-lahan. Datuk Dr.Johar makin pelik.

Tambah nasi sepinggan lagi! ujarnya kepada pelayan restoran.

Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan... berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan. kata pelayan itu lagi.

Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran! bentaknya. Marah campur geram.

Tuan, mana ada hospital sekarang. Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!

Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ? leternya perlahan-lahan.

Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990-an dulu. Sekarang penyakit tu dah tida ada sesiapa menghidapnya.

Batalkan saja order saya tadi, banyak sangat cakap, bosan. Saya perlu hiburan sekarang...Di mana boleh saya dapati ? tanyanya.

Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak usah risau pasal bil. Percuma.

Datuk Dr. Johar, orang besar negara melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai-bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelipan. Sangat rumit dan kekeliruan itu dapat di sembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya dia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya. Satu butang warna hitam ditekan . Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI , MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAIL DATANG. Tiba-tiba... Oh...Oh... Seram sejuk tubuhnya.

"Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. Aku belum nak mati lagi'" protes hati Datuk Dr. Johar. Dia beralih ke butang hijau tanpa berlengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA . Kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI. Kepala Datuk Dr. Johar makin pening. Semuanya tentang Akhirat. Apa sudah jadi ni?

Tak ada lagu yang hot ke? tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.

Nanti ya pakcik. Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni. Top-hit anak-anak muda sekarang.

Ya, ya saya setuju, balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu. Ayat suci Al-Quran...

Eh ...ni suara orang mengaji. Nanti dulu pakcik, selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya. kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia. Kemudian getaran suara bergema.. Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu mendamba kasih yang tidak berhujung mengutip sayang di hamparan cinta suci. Inilah getaran hatiku memburu cinta... stanza hati merindu Iiahi!"

Datuk Dr. Johar tak tertahan lagi. Dia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.

Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tidak mampu bayar kami halalkan sajalah. Datuk Dr. Johar makin geram. Dia memprotes dan berkata

Saya bayar dengan kad kredit saja! Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.

Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah.

Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-bungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri.

Darul Siddiq tidak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka.

Ah, aku tak nak dengar semuanya. Makin gila aku dibuatnya. pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar, semua pandangan menyakitkan hatinya. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.

Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas, 'KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH'.

Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak mereka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. 'Ishh,meluatnya!' Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya, semua itu seolah-olah menyindir dan mengejeknya.

Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.

Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk! Datuk Dr. Johar bangun. Dia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu. Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? tanya Datuk Dr. Johar.

Tidak, datuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tidak mahu demokrasi. Mereka tidak mahu pilihanraya.

Habis, mereka mahu apa?

Mereka mahu Islam, Datuk!

Islam? keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.

"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.. ITULAH JANJI ILAHI" kedengaran suara-suara itu bergema lagi.


Sumber : Atriza


Himpunan Mansuh ISA - Kezaliman Pemerintah, Kejahilan Rakyat


Saya mengucapkan tahniah kepada pejuang-pejuang kental yang menyertai Himpunan Mansuhkan ISA. Tanpa pengorbanan untuk hadir, perjuangan menuntut keadilan tidak mampu dilakukan. Tahniah kepada semua kerana mereka datang tanpa upah dan tanpa elaun. Semua perbelanjaan ditaja sendiri. Hatta membeli baju hitam berkolar putih juga dari duit poket sendiri. Suara anak-anak muda dibuktikan melalui pengorbanan ini.

Dari seluruh pelusuk tanahair, anggota masyarakat yang bencikan kezaliman akan berhimpun di ibukota ini. Melainkan yang keuzuran dan mempunyai masalah peribadi ataupun keluarga. Bagi yang ada kesempatan inilah masanya menunjukkan kebersamaan membantah kekejaman ISA.

Apatah lagi melihat keganasan polis dalam insiden tempohari. Tindakan ganas mereka seolah-olah binatang yang tidak mengenal batas kemanusiaan. Apalah salahnya membenarkan himpunan ini dilakukan dan berakhir dengan penyerahan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong? Peserta Himpunan Mansuh ISA ini adalah peserta yang berdisiplin dan dididik oleh jamaah Islam dan pertubuhan masing-masing. Satu panduan lengkap dikeluarkan untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini. Malahan disampaikan pesan, jika himpunan berjaya, ucapkan terima kasih kepada anggota polis yang bertugas.

Malangnya, tindakan polis kali ini sungguh biadab dan kebinatangan. Tiada lagi erti kemanusiaan. Mereka membalun secukupnya tanpa usul periksa. Ada yang datang sebagai peserta dan ada juga sebagai pengunjung ibu kota yang terperangkap. Masing-masing berdepan dengan kegawatan ini. Orang tua dan kanak-kanak tidak terkecuali. Gas pemedih mata menyebabkan ramai yang kesakitan dan kepedihan. Semua yang hadir merasai kesannya.

Saya antara yang mendengar sumpah seranah peniaga kepada kami. Ya ! Memang mereka marahkan kami, kami pula (bersama beberapa anggota Unit Amal) tidak pula menjawab kerana tahu perasaan panas mereka. Cuma kepada siapa yang mereka marahkan itu adalah bukti kejahilan. Mereka tidak mengerti apa itu ISA. Mereka tidak mampu menyelami perasaan isteri dan anak-anak yang kehilangan suami/bapa mereka tanpa mengetahui kesalahan suami/bapa mereka. Mereka juga tidak mengetahui bilakah masanya bapa mereka akan keluar.

Justeru kerana sedikit kerugian pada satu hari, kita sudah hilangkan nilai kemanusiaan kita. Kita tidak mampu menyelami erti kemanusiaan di kalangan sesama kita, alangkah malangnya bangsa Melayu dan ummat Islam.

Anggota FRU, mengejar tidak mengira tempat. Water Canon mereka menyerang peserta-peserta himpunan termasuk dengan gerai-gerai. Hairannya, sebahagian peniaga marahkan peserta himpunan bukannya kepada pihak anggota FRU.

Tanpa menafikan sebahagian besar peniaga pula, menyokong himpunan ini dan membantah kekejaman polis. Mereka adalah peniaga yang mengerti erti kezaliman dan memahami nilai kemanusiaan.

Apalah untungnya hadir ke himpunan ini kalau bertujuan untuk bertempur dengan polis semata-mata? Kalau itulah matlamatnya, peserta himpunan tidak akan hadir ke program ini. Tetapi himpunan ini untuk menyuarakan bantahan, membawa isu ini kepada pihak Yang Dipertuan Agong, memohon agar isu ini diberikan perhatian. Peserta himpunan akan terus beredar apabila misinya selesai. Peniaga tidak akan diganggu, lalulintas terkawal dan ibukota makmur dengan kehadiran pengunjung yang luar biasa.


Belajar Dari Universiti Perjuangan Islam


Saya telah tinggalkan blograntau hampir dua minggu tanpa sebarang update. Entry yang bertajuk Economic Crisis : Yet To Hit Bottom hanyalah copy paste saja dari blog lain. Itupun sekadar tak nak nampak terlalu usang. Jika ingin memberikan alasan, dari A hingga Z pun saya boleh kemukakan alasan kenapa tidak update blograntau. Usahkan update blog, membalas respon dalam Bicara Rantau pun turut gagal. Saya memohon maaf kepada semua pengunjung blograntau kerana kegagalan ini. Ya ! Saya mengira saya telah gagal dalam hal ini.

Sepanjang Julai yang lalu, saya dihimpit dengan aktiviti yang luar biasa. Bukan sahaja saya yang merasakan demikian, tapi ia turut dirasai oleh sebahagian besar sahabat-sahabat seperjuangan. Bukan sahaja sibuk dengan aktiviti jamaah. Di tempat kerja juga tidak kurang dengan aktiviti-aktiviti yang mendadak, di samping yang telah dijadualkan.

Kebanyakan program bersifat mega dan berprestij (kononnya). Saya pula terlibat secara langsung sebagai antara individu utama dalam program-program ini. Sebenarnya, inilah sukatan pelajaran yang diperkenalkan oleh Universiti Perjuangan yaitu Pengurusan Masa. Secara individu, saya masih meletakkan diri saya dalam senarai kegagalan berhubung dengan hal ini.

Memang, azam yang kuat ingin memastikan kerjaya yang diceburi sekarang tidak menjejaskan peranan dalam aktiviti jamaah. Begitu juga, penglibatan dalam jamaah tidak akan memberikan imej negatif kerana kegagalan dalam kerja di pejabat. Pun begitu, ternyata azam yang kuat ini tidak cukup tanpa latihan yang sewajarnya. Oleh kerana itu, seringkali juga terfikir apakah perlu untuk menjadi seorang murabithun? Sukar sekali untuk menjawab isu ini.

Sekadar untuk berkongsi perjalanan program-program besar pada bulan Julai sahaja :

10 Julai, satu sesi Munaqasyah Ucap Tema Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dianjurkan oleh Lajnah Penerangan Pemuda. Al-Fadhil Ustaz Nasaruddin Tantawi sendiri yang hadir dan membentangkan munaqasyah ini. Al-Hamdulillah banyak perkara yang perlu digarapkan untuk gerak kerja pemuda PAS.

16-18 Julai, saya ke Jambori Amal, Kuala Brang. Program ini di bawah seliaan Ustaz Saiful Anbiya. Saya hanya hadir untuk melihat anak buah dari Kemaman sebagai mewakili Ketua Dewan Pemuda PAS Kemaman. Ketua kontingen Kemaman sempena Jambori Amal ialah Ustaz Nakhaie. Sekadar hadir dan membawa sedikit bekalan makanan untuk adik-adik anggota Unit Amal. Bilangan yang hadir tidaklah membanggakan. Hanya sekadar 13 orang sahaja. Apapun, tahniah kepada yang hadir. Secara kebetulan, saya telah dijadualkan untuk Ceramah Israk dan Mikraj kepada Muslimat Dun Seberang Takir pada 18 Julai di Surau Telaga Daing. Sejurus selepas ceramah tersebut barulah saya bertolak balik.

20 Julai, adalah Hari Guru PASTI. Dianjurkan di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu. Saya hadir di atas kapasiti sebagai Pengerusi Jabatan PASTI Kawasan Kemaman. Kebetulan, turut membuat persembahan adalah guru-guru dari PASTI Kemaman. Tahniah ! Pada hari yang sama, DPPNT menganjurkan jaulah ke Hulu Terengganu. Saya memohon maaf kerana tidak dapat teruskan ke Hulu Terengganu ekoran kekangan kerja.

22 Julai, saya terlibat secara langsung dalam Pelancaran Bulan Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu. Pelancaran yang dibuat di Masjid Pengadang Baru menuntut kehadiran saya sebagai salah seorang AJK penganjur. Bertolak terus selepas waktu kerja untuk sampai sebelum program, tambahan saya perlu untuk menjadi moderatur forum yang dipanelkan oleh YB Ustaz Nasaruddin Isa, Ustaz Saiful Bahri Mamat dan YB Ustaz Mohd Nor Hamzah. Selesai sahaja program, terus bertolak balik ke Kemaman. Terima kasih kepada Abu Abbas yang sudi menemani walaupun turut disibukkan dengan pelbagai tugasan.

29 & 30 Julai, Badan Perhubungan PAS Terengganu telah menganjurkan satu retreat yang memberikan fokus terhadap memperkasakan jentera parti. Malangnya saya tidak dapat mengikuti program besar dan penting ini kerana pertembungan jadual yang lebih awal di tempat kerja.

31 Julai baru-baru ini, Konvensyen Pemuda PAS Kawasan Kemaman telah diadakan di Dewan Imam Asy-Syafei, Mujamma' Taman Islam. Kehadiran pemuda seramai hampir 300 orang ini dikira berjaya walaupun tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.

Dalam konvensyen ini, saya diminta untuk bertindak sebagai Pengarah program. Secara peribadi, saya seronok dengan tugasan ini. Tetapi terpaksa akur juga dengan himpitan tanggungjawab yang lain sebelum dan selepas konvensyen ini.

Pelaksanaan konvensyen ini disusuli dengan Himpunan Gerakan Mansuhkan ISA di Kuala Lumpur keesokan harinya. Saya dan beberapa rakan turut sama dalam himpunan tersebut. Saya akan memberikan ulasan khas tentangnya.

Program besar yang menanti selepas ini ialah Ijtimak Nuqaba Pemuda Negeri Terengganu pada 14 Ogos 2009. Untuk program ini, saya juga akan bertindak sebagai Pengarah. Sekaligus akan mengetuai panel yang akan membentuk sistem dan sukatan bagi usrah-usrah pemuda. Begitu juga Majlis Makan Malam Infaq Ramadhan pada 13 Ogos 2009 di Chukai, Kemaman. Sebenarnya banyak lagi program-program yang tidak disenaraikan.

Kesemua program-program ini menuntut mesyuarat yang cukup banyak sehingga menyebabkan seringkali saya tidak dapat bersama-sama dengan keluarga. Sememangnya itulah adat resam berada dalam perjuangan. Keluar di awal pagi, balik sebelah petang dan melakukan persiapan untuk mengajar di surau atau masjid. Selepas Isyak akan terlibat pula dalam mesyuarat yang boleh dikatakan hampir setiap malam. Kembali ke rumah setelah jam menunjukkan 12.30 atau 1.30 pagi paling awal. Berada di rumah waktu tersebut dalam keadaan anak-anak telah melelapkan mata.

Saya kagum melihat semangat juang yang ada pada Dato' Seri Tuan Guru Presiden dan pimpinan-pimpinan yang lain. Semangat mereka tegar dan pengorbanan mereka tidak mampu untuk ditandingi.

Universiti Perjuangan Islam menuntut untuk kita lebih melakukan usaha gigih melepasi latihan dan ujian perjuangan yang bakal menentukan tahap duduk kita semua. Saya berharap, inilah masanya untuk menekuni latihan diri dalam perjuangan Islam.

Harapan yang paling tinggi, semoga Allah terus memilih kita semua berada di dalam perjuangan Islam sehingga ke akhir hayat.