PAS Sebuah Jamaah Islam
Mutakhir ini, Pakatan Rakyat makin diterima rakyat Malaysia. Ketelusan dan keseriusan membela rakyat terpancar melalui gerak kerja dan usaha kebanyakan pimpinan Pakatan Rakyat. Antara parti terbesar dan berpengaruh dalam Pakatan Rakyat ini ialah Parti Islam SeMalaysia (PAS).
PAS bukan sahaja sebuah parti politik. Malahan ia merupakan sebuah jamaah Islam yang bercita-cita untuk melihat Islam didaulatkan di negara ini. Cita-cita ini diperjuangkan oleh pendokong-pendokong PAS sehingga ada yang terkorban seperti di Memali, Lubuk Merbau, ada yang tercedera seperti kes di Batu Buruk dll, ada juga yang menang sehingga berjaya memerintah seperti di Kelantan dll.
Jamaah yang besar dan bercita-cita mulia ini semakin hari semakin kuat dan berpengaruh. Pun begitu, mutakhir ini agak malang apabila pucuk kepimpinan yang dipilih di peringkat kawasan (khususnya) makin menghilangkan identiti anggota jamaah Islam. Mereka dipilih oleh perwakilan dan menggunakan sepenuhnya kuasa yang diberi hingga membelakangkan budaya tarbiyah yang sepatutnya sentiasa mekar dalam jamaah Islam.
Walaupun isu ini bersifat dalaman, tetapi saya berpandangan dengan pendedahan ini, generasi pelapis perlu menyedari betapa pentingnya tarbiyah diadun dalam perjuangan Islam yang suci ini. Kepimpinan yang ada pasti akan melalui zaman berakhirnya untuk beberapa tempoh. Tetapi dalam masa yang sama, tidak wajar seandainya dibiarkan budaya ini berterusan tanpa dirawati. Paling ditakuti, penyakit kronik ini sempat merebak kepada generasi pelapis. Wal'iyazubillah.
Hilangkan Politik Melampau Dalam Jamaah
Memimpin PAS tidak wajar melihat dari sudut pandang politik semata-mata. Tetapi memimpin PAS mesti melihat dari sudut pandang sebuah Jamaah Islamiah. Justeru, di situ adanya akhlak sesama anggota bukannya melihat anggota untuk dicantas dan dikebumikan karier politik dan sumbang dakwah yang diusahakannya.
Saya tampilkan perbincangan terbuka ini untuk mengajak pembaca artikel ini agar berwaspada dengan ujian dan dugaan di luar batas pemikiran kita. Kefahaman inilah yang menuntut ketekunan anggota jamaah untuk memperelokkan lagi perjuangan Islam ini.
Tidak wajar jika pemimpin hanya membuka sejarah dan pengalamannya semata-mata. Sehingga seringkali melekeh-lekehkan pandangan anggota jamaah yang berusia kurang daripadanya.
Al-Imam Al-Bukhari mendedahkan ahli mesyuarat Saidina 'Umar al-Khattab r.a : "Adalah al-Qurra' menjadi ahli mesyuarat Umar samada ia golongan dewasa mahupun pemuda". (Lihat : Al-Bukhari : 9/138)
Terlampau berpolitik, menyebabkan kita ghairah untuk menutup potensi sahabat-sahabat seangkatan. Kita tidak berjiwa besar untuk sama-sama memacu perjuangan Islam. Maka lahirlah kepentingan peribadi mengatasi segala-gala.
Terlampau berpolitik, menyebabkan kita seolah-olahnya tidak berdiri di atas paksi jamaah Islam yang sebenar. Asas berjamaah yang dibina di atas dasar ukhuwwah dilenyapkan dengan kuasa sementara yang dimiliki. Asas berjamaah yang dibina di atas dasar thiqah (kepercayaan) dihancurkan dengan sewenang-wenangnya.
Saya ingin fokuskan, apabila seseorang pemimpin menggunakan kuasa politik hingga membelakangkan syura, di sinilah bermulanya babak perpecahan di kalangan anggota jamaah. Al-Imam Al-Qurthubiy dalam Al-Jamie' Li Ahkam Al-Quran mengutip pandangan Ibnu 'Athiah, katanya : "Syura adalah dari prinsip syarak dan teras kepada hukum, sesiapa yang tidak bersyura (bermesyuarat) dengan pihak yang berpengetahuan dan ahli agama, maka berpisah dengannya adalah wajib, tiada khilaf lagi dalam kes ini". (Al-Jamie' : Jilid 4 : 249)
Justeru, saya ingin tegaskan bahawa syura adalah suatu kemestian dalam berjamaah tetapi ia adalah suatu perkara yang tidak perlu dalam berpolitik. Politik semata-mata boleh menggunakan strategi peribadi, boleh menurut hawa nafsu, boleh gunakan teori Machiavelli dan sebagainya. Tetapi dalam Jamaah Islam panduan syura adalah langkah yang paling cermat. Apatah lagi diadun dengan bimbingan wahyu Al-Quran dan Sunnah Nabawiah.
Justeru, Al-Imam Al-Mawardi menegaskan hal ini di dalam kitabnya At-Tuhfah Al-Mulukiah Fi Al-Aadab As-Siasiah berkenaan dengan kewajiban bersyura. Beliau menegaskan : "Awas kamu jika meninggalkan musyawarah". Malahan hadis Nabi SAW juga menontonkan hikmah syura untuk ummatnya :
ما خاب من استخار ولا ندم من استشار
Maksudnya :
"Tidak akan rugi sesiapa yang beristikharah dan tidak akan menyesal sesiapa yang bermusyawarah".
Budaya Sate Dalam Berpolitik
Oleh kerana terlampau berpolitik, budaya sate menjadi amalan kebanyakan ahli politik (baca:ahli jamaah Islam). Saya pernah sebutkan budaya ini kepada beberapa orang sahabat pemuda. Mereka pohon huraian saya tentang budaya ini. Justeru saya tegaskan, budaya sate ni ialah budaya cucuk-cucuk, kipas-kipas dan api-apikan. Pakej yang lengkap untuk hancurkan jamaah. Tapi cukup enak membudayakannya seenak menikmati satenya.
Maka tulang-tulang ayam yang keras-keras semua tidak digunakan untuk hasilkan sate. Sebagaimana dalam perjuangan, yang keras-keras, bangkang-bangkang semuanya perlu disingkirkan untuk hasilkan sate politik yang lazat. Sedangkan mereka antara aset penting untuk sinarkan jamaah. Berbanding semuanya Yes Man belaka.
Semoga Allah SWT lindungi perjuangan ini dengan meletakkan ketabahan dalam diri kita semua dan meningkatkan kesungguhan untuk kita terus berkorban dalam perjuangan Islam.
Ambillah yang baik dan buanglah yang keruh.
"Suramnya Syura Dalam Jamaah Islam>
salam.Ustaz
saya orang kecil
tak belah mana mana kecuali yang betul
ustaz..
selidik dulu
cek dulu
dalam jemaah kadang2 hok napok mata tak semestinya betul
kadang2 hok pahit ianyanya ubat..
oleh itu atas cari redha allah..
buatlah kajian sikit
mohon petunjuk Allah..
Ustaz kang orang dekat dengan Allah..
Baru ulas..
Ulaspun biar hikmah..
Jahat orang jangan dijaja..
Buruk orang jangan disebar
Salah orang jangan di hina.
Kang Islam ajor suruh cermat dan bijak sana
Ingat dalam jemaah bukan sempurna
Dah jadi pemimpin
berat,,,
Jangan sampai sepatutnya ganjaran syurga tapi terbalik..Nauzubillah..
Ustaz..
Maaf...
selidik dan buatlah kajian sikit..
Ustaz akan nampok..
kesemua sekali..
jangan sebelahn pihak
ok.
Salam.
Pak Teh, terima kasih. Saya cukup berbangga dengan perhatian yang diberikan.
Seperti yang ditegaskan dalam artikel saya, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Isu ini bukan isu peribadi, sudut pandang saya hanya akhlak bersyura.
Justeru, kepentingan awam hendaklah didahulukan berbanding dengan kepentingan peribadi. inilah yang saya pegang semenjak dari awal penglibatan.
Saya mengulas kerana saya salah seorang ahli mesyuarat. Saya melihat apa yang berlaku, saya mendengar apa yang dibicarakan. Kalaulah pimpinan ingin mendengar rakamannya, saya boleh berikan. Jika itu satu keperluan. Tapi alhamdulillah isu ini sudah selesai. Malam selesainya masalah ini, semua AJK harmoni dan bergembira. Jadi tiada sebab untuk saya perjuangkan individu. Malahan selesai mesyuarat saya ucapkan tahniah kepada pimpinan yg cetuskan kontroversi ini dengan tindakan nekad yang baru dan keputusan yang mementingkan jamaah.
Saya paling bimbang, sikap negatif ini berjangkit kepada generasi muda yang bakal memimpin masa depan jamaah. Di mana lagi dapat pengalaman ini kalau bukan dari tunjuk ajar pimpinan veteran..
Kalau sayangkan jamaah, kita pentingkan jamaah dan lupakan dulu isu individu..
Jika saya silap, pohon Pak Teh tunjukkan..
Saya juga ingin tahu apa tuduhan saya kepada orang-orang tertentu sehingga saya seolahnya menyebar jahat orang dan buruk orang.
Pohon kerjasama..takut sekali dijamah api neraka.. Hubungi saya melalui blog.rantau@gmail.com. Kalau dapat bersemuka dengan Pak Teh lagi seronok. Sauya memang suka bersemuka untuk berbincang.
JazakaAllahu khairan kathiraa.
http://percayaker.blogspot.com
masalah sekarang. ulama kita macam orang yang tak ada tarbiyyah.
pulak tu. profesional kita macam orang dapat tarbiyyah.
ulama kita masih masjid dan surau. profesional kita sudah turun padang untuk dakwah.
kelakar apabila ada ustaz-ustaz pas yang cucuk-cucuk, api-api, kipas-kipas untuk kekalkan jawatan.
ust hadis ttg syura dan istikharah tu dhaif sangat