SIS : Ulama PAS Wajar Depani Secara Hujah


Rentetan Muktamar Tahunan PAS Ke-55, usul daripada PAS Kawasan Shah Alam menggesa kerajaan mengharamkan SIS jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat pemulihan ke atas ahlinya.


Gesaan itu terkandung dalam salah satu usul yang diterima tanpa bahas sempena muktamar tersebut di Stadium Malawati, Shah Alam.

Usul itu antara lain berbunyi menyedari bahawa aliran dan pandangan dibawa oleh SIS boleh mengelirukan masyarakat, PAS mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat program pemulihan ke atas ahlinya.

Hasil daripada isu ini, PAS disalahanggap oleh pelbagai pihak. Malah dikecam dengan begitu dahsyat. Sedangkan usul ini telah dirangka secara cermat. Cuma mungkin sensitifnya pada perkataan 'haram'. Walhal usul ini telah dilapikkan dengan "jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat pemulihan ke atas ahlinya" dan juga "mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat program pemulihan ke atas ahlinya".

Dalam satu kenyataan ketika ditanyakan oleh peserta sempena program Pidato Perdana di Masjid Wilayah Persekutuan tentang isu ini. Tanpa merujuk kepada usul sebenar, tanggapan yang dibuat oleh Dr.Asri tidak sewajarnya dilakukan dengan semberono.

Ulasan yang dibuat oleh Dr.Asri sebenarnya telah dicatatkan dengan jelas dalam usul yang dibawa ke dalam muktamar tersebut. Iaitu, memanggil dan berbincang. Jika jelas bertentangan maka dicadangkan agar tindakannya ialah mengharamkan pertubuhan tersebut. Jelas !

PAS juga tak pernah mendakwa mempunyai kuasa untuk mengharamkan SIS. Yang ada kuasa adalah pihak kerajaan. Malahan telahpun dicadangkan agar Majlis Fatwa Kebangsaan berperanan dalam hal ini.

Dalam hal ini juga, saya melihat keperluan semasa. Benar usul ini adalah suatu usul yang baik. Tapi kita tidak boleh mengharapkan Majlis Fatwa Kebangsaan berperanan seperti yang diharapkan.

Dalam PAS, kita mempunyai Dewan Ulama PAS yang diyakini oleh hampir keseluruhan ahli terhadap tahap keilmuan anggotanya. Justeru, mengapa tidak demi membuktikan kebenaran, Dewan Ulama PAS menganjurkan debat terbuka dan sesi penghujahan bersama-sama dengan anggota SIS? Isu SIS bukan isu Dewan Pemuda. Tetapi ia isu yang perlu dimainkan peranannya oleh Dewan Muslimat PAS dan Dewan Ulama PAS khususnya.

Bila lagi Dewan Ulama PAS boleh berperanan dalam menanggani isu-isu ummah seperti ini?


0 comments: