Alhamdulillah, selama dua hari saya mengikuti perjalanan program Bengkel Kaunseling yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2 dan 3 Jun 2009.
Dengan bertemakan "Kaunseling Efektif Keluarga dan Masyarakat Progresif" amat menarik minat saya bagi menyertainya. Ini berikutan dengan penularan masalah kemasyarakatan dan kekeluargaan yang sangat menggerunkan. Statistik perceraian, penderaan, pengabaian tanggungjawab dan pelbagai jenis permasalahan begitu cepat merebak di kalangan anggota masyarakat. Peliknya, permasalahan ini banyak berlaku di kalangan bangsa Melayu beragama Islam.
Bermatlamatkan untuk menekuni pendekatan Kaunseling, saya cuba untuk tidak mensia-siakan bengkel penting ini. Enam kertas kerja telah dibentangkan. Tapi pembentangan kertas kerja ini tidaklah terlalu menarik untuk diikuti. Pendekatan yang digunakan lebih ke arah perkongsian maklumat kajian permasalahan masyarakat. Apapun ia amat berguna. Pada hari pertama, peserta mendapat pendedahan berkaitan dengan peranan kaunseling, kedudukan ekonomi di Wilayah Pantai Timur, isu nyanyuk warga tua, mat rempit, konflik homoseksualiti dalam kehidupan, kesejahteraan keluarga dan masyarakat dan pengurusan kewangan.
Penghujung bengkel ini, memberikan nafas baru buat peserta apabila mengikuti forum daripada wakil MAINS Ust Norazman, wakil PDRM dan wakil NGO iaitu Suzana Ghazali. Seterusnya diikuti dengan bengkel Terapi Pasangan dan Struktur Keluarga oleh Prof Madya Dr.Fatimah bt Yusoof. Pada saya, pembentangan terapi ini paling baik kerana pendekatannya yang lebih praktikal berbanding lain-lain pendekatan yang lebih kepada teori dan asas kajian.
Melalui bengkel ini, sempat juga berkenalan dengan beberapa tokoh seperti Dr.Amaludin B Ab Rahman (Pensyarah Kanan di UPM) juga seorang tokoh dalam kajian kaunseling Islam. Buku karangan beliau diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Apa yang menarik, bengkel seumpama ini dihadiri oleh ramai tokoh-tokoh akademik sekalipun mereka bergelar Profesor, Profesor Madya dan sebagainya. Pada saya, kalaulah budaya ini disegarkan dalam jamaah kita, alangkah hebatnya pembudayaan ilmu mengiringi perjuangan PAS.
Apapun, alhamdulillah. Hasil perkongsian maklumat dan pengalaman yang dilalui oleh tokoh-tokoh akademik dan masyarakat ini akan memberikan secebis rasa ingin berbakti kepada bangsa dan agama sendiri dengan melakukan suatu gabung jalin antara pendekatan psikologi kaunseling, agama dan pelbagai lagi pendekatan dengan matlamat yang satu memartabatkan ummat Muhammad SAW dengan kembali berpegang dengan agama.

0 comments:
Post a Comment