Pada 13-15 Mac tempohari, kami berhimpun di PCB Resort, Kota Bharu untuk berforum tentang isu-isu 'amal Islami di tempat kerja. Kehadiran 53 peserta bersama keluarga masing-masing amat meriah dan bersemangat. Saya tiba di PCB Resort pada jam 12.00 tengahari. Sepatutnya perjalanan ke sana pada 12 Mac, tapi ekoran kepadatan program dan persediaan di pejabat menyebabkan pada sebelah malamnya hanya bermalam di Kuala Terengganu. Apapun alhamdulillah, forum ini amat besar ertinya untuk kami sebagai aktivis.
Apatah lagi dengan kehadiran MD/CEO PGB, Tuan Haji Samsuddin Bin Miskon. Beliau dijadualkan menyampaikan Ucap Utama yang bertajuk Memimpin Perubahan. Pembentangan yang disampaikan oleh Tuan Haji Sam, memukau keseluruhan peserta yang hadir. Kupasan yang menyeluruh dari pelbagai aspek menyebabkan peserta-peserta akur tentang kepentingan mereka dalam arena 'Amal Islami. Khususnya bagi membantu organisasi PETRONAS dalam memacu operasi bisnesnya di peringkat nasional dan antarabangsa.
Susulan kepada Ucap Utama ini, kami turut mengundang Ustaz Hasrizal Abdul Jamil untuk turut memberikan motivasi kepada peserta yang membincangkan tajuk "Amal Islami Dalam Pengurusan Organisasi". Ustaz Hasrizal merupakan kenalan saya semasa kunjungan saya ke Jordan ketika memenuhi undangan Persatuan Mahasiswa Jordan sempena Persidangan Pelajar Timur Tengah yang dianjurkan oleh mereka. Saya hadir bersama Ustaz Ilias Ahmad (Kelantan) bagi mewakili Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir. Pada waktu itu, Ustaz Ahmad Arif Arshad (Presiden PMRAM waktu itu) tidak dapat menghadiri program ini kerana pertembungan dengan jadual peperiksaan. Saya diamanahkan untuk membentangkan kertas kerja "Akidah Memancang Perjuangan Mahasiswa", (tajuk ini cadangan daripada pihak penganjur). Manakala Ustaz Ilias Ahmad dijemput bagi menjadi salah seorang ahli panel forum sempena persidangan tersebut.
Semasa persidangan ini, Al-Fadhil Ustaz Hasrizal membentangkan kertas kerja yang sangat menarik dengan tajuknya "Aku Tidak Pedulisme:Ideologi Siswazah Jumud Dan Tidur". Pembentangan yang dibuat oleh Ustaz Hasrizal amat menarik pada waktu itu.
Persidangan tersebut mendapat penghormatan daripada TYT Duta Besar Malaysia pada waktu itu. Kami dijemput untuk jamuan makan tengahari bersama TYT Duta Besar Malaysia di Amman. Saya tidak mengingati tempatnya. Tapi seingat saya jamuan itu diadakan dalam kawasan University of Mu'tah.
Pada sebelah petangnya, kami sempat menziarahi Ustaz Hasrizal. Individu yang baru saja dikenali ini amat tawadhuk. Terasa begitu beruntung mengenali dirinya. Beliaulah yang menceritakan kepada kami tentang kronologi sejarah Peperangan Mu'tah semasa kunjungan ziarah tersebut. Kewibawaan beliau dalam mengulas isu berkenaan sejarah sudah cukup terserlah pada waktu itu. Kami melawat maqam sahabat masyhur Rasulullah SAW yang gugur syahid dalam peperangan tersebut. Peperangan ini dipimpin oleh Zaid Bin Harithah r.a, kemudian diganti oleh Jaafar Bin Abi Tholib r.a dan kemudiannya dipimpin oleh Abdullah Bin Rawahah r.a. Akhirnya, ketiga-tiga sahabat besar ini gugur syahid. Lalu dipimpin oleh Khalid Ibnu Al-Waleed. Rasulullah SAW menyifatkan Khalid sebagai Pedang Allah yang datang menghunus memerangi kumpulan musyrikin. Peluang yang ada pada waktu itu kami manfaatkan sepenuhnya. Terasa hiba melihat perjuangan sahabat baginda. Terasa kerdilnya diri dalam memperjuangkan agama Allah.

0 comments:
Post a Comment