Harapan Rakyat


Esok merupakan hari penentuan bagi Pilihanraya Kecil P036. Rakyat di Kuala Terengganu akan membuat pilihan terbaik mereka. Kelebihan buat masa ini seolah-olahnya dimiliki oleh calon Pakatan Rakyat. Imej yang ada pada calon BN sebenarnya cukup tercalar meskipun diperbaiki oleh media massa dengan begitu hebat. Rakyat mengenali siapa Wahid Endut dan siapa Wan Farid !

Tapi agak pelik pada hari ini, kelibat polis-polis kerahan tidak begitu ramai sebagaimana biasa. Hari ini hanya nampak kelibat polis trafik di persimpangan traffic light sahaja. Tak nampak bilangan yang menakutkan di Kuala Terengganu. Tidak sama sebelum hari terakhir pengundian ini. Sekadar tinjauan peribadi, memang tak nampak bilangan yang dikatakan mencecah 8,000 orang polis ini.

Saya yakin jentera parti telah melakukan persediaan yang rapi tentang hal ini. Pemilih perlu keluar awal mengundi bagi mengelakkan pertindanan penggunaan kad pengenalan. Tidak salah untuk sedikit bersangka buruk berbanding kita rugi satu undi kerana penipuan.

Pegawai-pegawai Jabatan Pendaftaran yang dikerah bertugas sehingga lewat 10.00 malam bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang ringan. Barangkali ada perancangan tertentu untuk PRK P036 ini.

Mungkin perkembangan selanjutnya boleh diulas selepas PRK ini. Saya akan bertugas dengan rakan-rakan yang lain di Dun Wakaf Mempelam. InsyaAllah, calon Pakatan Rakyat akan menjadi pilihan. Sesuai dengan slogan untuk calon PAS di P036 : "Harapan Rakyat". Ianya akan menjadi realiti pada 17 Januari ini, InsyaAllah.

0 comments: