Palestin : Harapan Buat Generasi Pelapis


Alhamdulillah, pada malam ini saya mendapat undangan khas dari Imtiyaz Dungun untuk menyampaikan ceramah Maal Hijrah. Jemputan ini dibuat oleh gurunya yang juga merupakan sahabat lama di Mesir, iaitu Ustaz Ruhaidi B Abdul Rahman. Beliau merupakan senior saya di Al-Azhar. Pelawaan ini saya sambut dan ini merupakan kali kedua saya menyampaikan ceramah di situ. Saya tawarkan ceramah pada malam ini dengan tajuk Menghayati Perjuangan Ummat Islam Palestin.

Hasrat saya cuma satu, generasi pelapis ummah perlu mempunyai jiwa kebersamaan dengan seluruh ummat Islam walaupun bukan senegara dan sebangsa kita. Jiwa kebersamaan ini akan meletakkan kemuliaan diri kita sebagai ummat Islam.

Apa ertinya kita sebagai ummat Islam, tapi gagal untuk menghulurkan walau sedikit sokongan kepada mereka. Cabaran getir yang dilalui ummat Islam di Palestin belum tentu mampu ditanggung oleh ummat Islam di tanahair kita.

Semoga ummat Islam mampu melakukan kejutan kepada rejim Zionis dalam tempoh terdekat.

0 comments: