Membantu Ghazzah Tanggungjawab Semua Muslim


Alhamdulillah, sejak dilancarkan kempen Ghazzah...Kami Bersamamu, kutipan yang berjaya dikumpulkan sekitar RM 40,000.00 (angka ini masih belum rasmi). Walaupun jumlah ini masih belum menepati sasaran yang ditetapkan iaitu sekitar RM 50,000.00. Kesyukuran sewajarnya diucapkan kepada Allah SWT atas peluang yang dianugerahkan ini.

Saya cukup teruja melihat Anwar dan Aiman turut bersemangat untuk membantu warga Ghazzah. Kekejaman yang mereka saksikan ke atas kanak-kanak Palestin begitu menyentuh jiwa kecil kanak-kanak ini. Mungkin Aiman tidak mengetahui dan memahami apa-apa. Tapi Anwar boleh memahami kekejaman ini.

Ummu Anwar cadangkan kepada Anwar agar kumpulkan duit untuk serahkan kepada ummat Islam Palestin. Sumbangan yang sedikit diharapkan menjadi suatu usaha yang besar untuk meraih kemenangan Islam.

Terpacul keluar dari mulut Anwar, "ummi, saper yang jahat sangat wat sakit ke orang?", Ummi jelaskan, semua ni perbuatan orang Yahudi. Bebelan ummi makin panjang apabila menceritakan tentang boikotkan barang-barang Yahudi. Ummi pesan agar Anwar tak boleh mintak untuk makan KFC, Mcdonald dll. Ummi pesan sekalipun ia bukan makanan kegemaran Anwar.

Anwar & Aiman menabung untuk Palestin

Kini, Anwar belajar untuk menderma buat ummat Islam Palestin. Aiman turut bersemangat untuk mengisi tabung derma Palestin walaupun belum mengerti apa-apa. Anwar juga belum mengerti hakikat sebenar, tetapi naluri kanak-kanak mampu untuk membenci perbuatan terkutuk seumpama perlakuan rejim Zionis.

Teruskan boikot ! Bantulah Ghazzah kerana ia tanggungjawab kita bersama. Jangan tebalkan lagi kertas perdakwaan Allah SWT ke atas kita akibat kecuaian membela ummat Islam yang tertindas.

Amin, Aiman dan Anwar... Pejuang Cilik Hamas !

Tentunya munajat juga menjadi senjata paling ampuh untuk ummat Islam seluruhnya.

0 comments: