InsyaAllah, kami sekeluarga akan bertolak ke Kuala Terengganu pada malam ini. Anwar terpaksa bercuti walaupun baru sahaja mendaftarkan diri di Pasti. Anwar cukup bersemangat di Pasti. Sangkaan awalnya, Anwar pasti menangis kerana Anwar tidak pernah berpisah dengan Abah atau Umminya.
Kini, Anwar telah membuktikan semangat yang ditunjukkan beberapa bulan sebelum sesi persekolahan bermula. Saya mengambil cuti pada hari Ahad lepas untuk melihat dan meninjau gelagat Anwar. Alhamdulillah, Anwar boleh berada dalam kelas tanpa sebarang masalah. Ketika Abah dan Ummi nak balik, Anwar tidak mempunyai masalah. Anwar terus menghulurkan tangan untuk bersalaman dan menghulurkan pipinya untuk dikucup oleh Abah dan Ummi.
Masalahnya timbul apabila Aiman pula tak nak balik. Aiman juga ingin bersekolah. Aiman menangis berterusan kerana memaksanya balik. Semasa rehat, Aiman dah ambil satu kerusi untuknya belajar. Aiman juga meminta Ummi memakaikan kopiah Pasti untuknya. Kopiah Pasti dibelikan dua pada hari itu. Satu untuk Anwar dan satu lagi untuk Aiman.
Walaupun agak sayang untuk cutikan Anwar, perjuangan Islam juga memerlukan kehadiran yang lumayan pada esok hari bagi memberikan kemenangan moral pertama untuk PAS. Setidak-tidaknya, kami menjadi cebisan kecil penyumbang untuk agama.
Malam ini, saya dan keluarga akan pulang untuk menyertai perarakan sempena penamaan calon PRK P036 esok. Langkah ini diharap sebagai usaha untuk mencapai kemenangan bagi perjuangan Islam.
Sebuah komitmen untuk mengharapkan rahmat dari Ilahi bagi mengurniakan kemenangan kepada perjuangan Islam, mudah-mudahan ....
0 comments:
Post a Comment