Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu P036

Pada hari ini, perarakan untuk mengiringi calon Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PAS iaitu Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Endut begitu meriah. Para penyokong Pakatan Rakyat dari seluruh negara membanjiri kawasan Kuala Terengganu.

Calon diiringi oleh Presiden PAS,
pimpinan PR dan penyokong


Ribuan penyokong memberikan komitmen padu.

Kehadiran sekitar 40,000 orang penyokong Pakatan Rakyat adalah amat bermakna untuk PRK kali ini. Seluruh jalan di hadapan Stadium Negeri dipenuhi penyokong Pakatan Rakyat hingga ke bulatan Batu Bersurat. Kemeriahan ini membawa mesej yang agak menarik untuk diterjemahkan oleh pengundi-pengundi di kawasan Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti. Sesuai sebagai sebuah gerakan Islam yang ingin memperjuangkan Islam, perarakan bermula dengan Solat Hajat di sebuah surau di Jalan Pusara. Saya tidak sempat untuk solat hajat bersama-sama. Tapi difahamkan, waktu itu kehadiran sudah terlalu ramai. Jalan Pusara sudah tidak boleh dimasuki kenderaan ekoran kebanjiran penyokong-penyokong PAS. Saya tiba agak lewat dan sempat melalui jalan utama di hadapan Wisma Persekutuan.

Azhan Atan turut memeriahkan suasana ...

Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat membanjiri jalan ini sehingga di hadapan Masjid Ladang. Agak sukar untuk mencari parking kereta. Sehinggalah dapat peluang mencelah ke kawasan perumahan di belakang stesyen minyak Esso sebelum Bulatan Ladang.
Che Pie (Lotfi Ibrahim, rakan semasa di Al-Azhar) kebetulan juga menghubungi dan mengharapkan agar saya ke tempat beliau. Waktu itu beliau berada di depan Bulatan Ladang (Batu Bersurat). Sambil menunggu ketibaan calon dan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain tiba menuju ke Stadium Negeri. Jam 9.00 pagi, calon dan pengiring-pengiring telah tiba di hadapan Bulatan Ladang dengan dikawal ketat pasukan Unit Amal. Susunan kerja mereka sangat tersusun dan membuktikan tahap profesional mereka. YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan ini. Wajah yang penuh semangat membuktikan kesungguhan beliau selaku ketua gerakan Islam di Malaysia ini. Saya tidak mendapat posisi yang agak selesa untuk mengambil gambar perarakan ini. Turut mengiringi waktu itu ialah YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali, YB Ustaz Nasaruddin Isa, YB Dato' Husam Musa dan lain-lain. Tuan Haji Mustafa Ali menyertai perarakan itu agak lewat. Walaubagaimanapun, beliau sempat bersama-sama selepas perarakan itu berada di hadapan Masjid Ladang. Apa yang menarik, penyokong Keadilan dan DAP turut bersama-sama memeriahkan perarakan ini. Saya sempat melihat seorang lelaki India yang turut melaungkan slogan Hidup Islam, Hapus Kezaliman, Hidup Pakatan, Hancur Barisan dan .... .

Keutuhan Pakatan Rakyat mampu digambarkan
melalui kibaran bendera-bendera ini..


Para penyokong yang setia menyambut calon PAS
Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Endut ketika keluar dari Stadium Negeri


InsyaAllah, Pakatan Rakyat akan mendapat sokongan pengundi di Parlimen Kuala Terengganu.



0 comments: