Saya tidak mempunyai kesempatan yang cukup baik untuk menulis mutakhir ini. Bebanan kerja yang cukup banyak amat mengekang waktu untuk berblog. Kepadatan program juga antara faktor penyumbang. Hasrat untuk berceloteh tentang PRK P036 belum kesampaian, hinggalah malam ini dengan sedikit kekosongan waktu.
Sebenarnya, malam ini juga ada Kuliah Maghrib di Balai Islam TNB. Tapi saya batalkan ekoran jemputan sahabat dari PGB yang mengadakan majlis kesyukuran di rumahnya. Jadi, ruangan waktu ini saya cuba manfaatkan untuk kongsikan beberapa maklumat.
Saya dan rakan-rakan yang lain bertugas di Dun Wakaf Mempelam semasa PRK P036 tempohari. Pada hari pengundian, sebelah paginya agak dingin. Saya menyaksikan suasana di UPU Wakaf Mempelam tidak serancak dan sehebat di kawasan Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang 3. Suasana di situ agak panas dan sedikit kecoh.
Amat berbeza di UPU Wakaf Mempelam, suasananya tenang dan harmoni. Tapi hati saya waktu itu agak gelisah. Datang juga kebimbangan kalau-kalau PAS kecundang sekali lagi di Kuala Terengganu. Keresahan ini muncul mengenangkan berlakunya undian berulang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Bukan senang sebenarnya nak mengawal kepincangan ini.
Ketenangan yang disangkakan sebenarnya tidak berpanjangan. Kelibat wanita-wanita Umno dari Melaka mencuri perhatian penyokong dan perayu undi PAS. Berlaku ketegangan kerana wanita Umno enggan membuang topi cap berjenama dacing di kepala mereka. Beberapa kerat wanita ini menyebabkan berlaku sorakan dan perang mulut antara penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dan wanita Umno.
Semangat Umno mengatasi segala-galanya, walaupun
berdua mereka bertahan. Apalah sebenarnya perjuangan
mereka di Malaysia ini.. Kesian !
berdua mereka bertahan. Apalah sebenarnya perjuangan
mereka di Malaysia ini.. Kesian !
Peliknya, Umno tidak mempunyai sokongan yang ramai semasa pilihanraya ini. YB Khazan yang turut hadir juga tidak diendahkan oleh orang ramai. YAB Ketua Menteri Melaka di sambut dengan sorakan "Dato' Shahrukh Khan datang!". Beliau terperangkap ditengah-tengah penyokong Pakatan Rakyat. Agak berang juga beliau pada waktu itu.
YB Tuan Haji Muhammad Abdul Wahid Endut agak lewat sampai di kawasan pengundian Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam. Itupun dapat sampai kerana menunggang motosikal. Amat berbeza dengan pimpinan BN. Mereka tidak mesra rakyat. Malah menyusahkan rakyat. Kenderaan mereka diiringi pasukan keselamatan hingga menyulitkan pergerakkan rakyat di jalanraya.
Saya menaruh keyakinan PAS boleh mencapai kemenangan apabila melihat wanita India turut menjadi perayu undi untuk PAS. Dengan penuh keberanian, wanita India ini memberikan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat.
Perkara yang paling menakjubkan dalam PRK P036 ini ialah kebergantungan diri semua petugas PAS dengan Allah SWT. Inilah rahsia besarnya. Muslimat sentiasa bersolat hajat dan berselawat. Muslimin melalui Dewan Ulama' menganjurkan solat hajat hampir setiap malam di surau-surau atau di markaz. Pengharapan yang tinggi kepada Allah dengan usaha yang tinggi menyebabkan kemenangan ini diizinkan oleh Allah SWT.
0 comments:
Post a Comment