Buat masa ini, harapan yang tinggi sentiasa dipohon kepada Allah SWT agar ummat Islam Ghazzah mendapat pembelaan. Seterusnya, tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh seluruh ummat Islam di dunia.
Setakat ini, saya telah diundang beberapa kali untuk menyampaikan ceramah tentang isu Ghazzah-Palestin. Pada hari ini, saya mendapat undangan ceramah di Petlin. Juga tentang isu Ghazzah. Pada malam ini akan dilanjutkan lagi dengan Kuliah Maghrib di TNB, Paka dan selepas Isyak di Kg.Cacar dengan isu yang sama.
Sebenarnya, pengolahan isu ini sangat memberikan keinsafan kepada saya. Dalam suasana kita agak selesa mendengar ceramah dan menyantap makanan yang lazat, ummat Islam di Palestin berdepan dengan ancaman peluru-peluru dan roket rejim Zionis.
Wanita kejam dunia, Tsipi Livni masih lagi memberikan ancaman sebagaimana yang dilaporkan dalam berita semalam. Kononnya akan melakukan serangan yang lebih dahsyat jika HAMAS melanggar gencatan senjata.
Tidakkah wanita kejam itu sedar, gencatan senjata itu bukan dengan kata sepakat HAMAS. Tapi datang dari Perdana Menterinya sendiri. Siapakah yang menang sebenarnya ?
HAMAS masih dengan syarat-syarat yang dikemukakan untuk melakukan gencatan senjata. Khaleed Mishaal telah tegaskan hal ini dalam Liga Arab tempohari.
Ada kebenarannya juga, Rejim Zionis adalah bangsa paling penakut atas dunia !

0 comments:
Post a Comment