Perarakan Penamaan Calon PRK P036 - Medan Pertemuan Sahabat


Alhamdulillah, sempena penamaan calon semalam di Kuala Terengganu, saya dikurniakan kesempatan untuk bersama-sama dengan beberapa sahabat dan kenalan lama. Mujur juga hadir dalam program seumpama ini. Sememangnya ia menjadi medan pertemuan yang paling mudah.

Pertemuan saya dengan sahabat lama bermula dengan Che Pie (Lotfi Ibrahim). Beliau merupakan PA kepada YB Abdul Fattah Mahmood (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kerajaan Negeri Kelantan). Perkenalan dengan beliau telah bermula semenjak dari Mesir lagi. Beliau merupakan antara kepimpinan utama PMRAM waktu itu. Saya bersama-sama dengan beliau sementara menunggu ketibaan rombongan calon dan pengiring di hadapan Bulatan Ladang (Batu Bersurat).

Ketika bersama-sama Che Pie, sempat juga saya terserempak dengan Ustaz Khairul Azmi Ismail dari Pahang. Beliau merupakan senior saya di Darul Quran. Kini menjadi mudir sebuah sekolah tahfiz di Pahang. Bersamanya, Syed Muhammad Taqiyuddin. Syed Taqiuddin merupakan sahabat yang sempat bersama-sama semasa di Syiria. Beliau juga berasal dari Pahang. Pertemuan dengan mereka tidak lama, sekadar bertegur sapa dan mereka berhasrat untuk lebih ke hadapan menuju kawasan Wisma Persekutuan. (Saya tidak sempat bergambar dengan mereka semua).

Sementara menunggu pengumuman calon, sempat juga bersua dengan YB Zaki Ibrahim dari Kelantan. Merupakan pimpinan pemuda yang berpotensi besar dalam PAS. Barangkali menjadi antara tokoh harapan di Kelantan.

Kenangan bersama YB Zaki Ibrahim

Dalam masa yang sama, saya berpeluang menemui rakan sekelas Zam Zam Zakaria dan Fadhol Ismail. Kedua-duanya terlibat dalam Team IT sempena PRK P036 ini. Begitu juga dengan Ustaz Shukri Abdullah dan Ustaz Saad Besar. Bersama-sama dengan Ustaz Shukri Abdullah ketika itu Ustaz Rahim Abdullah dan Ustaz Ayub Yusof.

Gambar kenangan bersama Fadhol Ismail dan Zam Zam Zakaria

Jam 12.30 tengahari, setelah bersurainya kebanyakan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, saya sempat berbual seketika dengan YB Solahuddin Ayub. Kesempatan ini digunakan untuk bergambar kenangan dengan beliau yang merupakan tokoh pemuda yang sangat disegani. Perkenalan dengan beliau bermula di Syiria ketika menguruskan rombongan beliau ke Beirut semasa peperangan Israel-Hizbullah pada tahun 2006.

Kenangan bersama YB Solahuddin Ayub

Alhamdulillah, pertemuan-pertemuan singkat ini sebenarnya mampu untuk mengukuhkan tali persaudaraan dalam perjuangan Islam. Barangkali itulah hikmatnya Rasulullah SAW menganjurkan program taakhi antara Muhajirin dan Ansar semasa peristiwa hijrah dahulu.

Sekali lagi, semoga PAS menjadi pilihan dalam PRK P036 ini !

0 comments: