Tajuk : Untuk Hidup


(Sebahagian terjemahan artikel di bawah "Tales from Gaza II:"Living in Gaza under the Bombs".


Sahabatku,

Saya lambat menulis hari ini kerana kekurangan bekalan elektrik.

Saya mahu menangis, Dr Nizar Rayan, professor daripada Islamic University telah terbunuh, dibom bersama seluruh ahli keluarga di dalam rumahnya. Dia seorang yang berani, yang enggan meninggalkan rumahnya, walaupun dengan ugutan-ugutan Israel. Pendiriannya adalah untuk menentang dan berdiri dengan maruah, atau mati. Rumahnya telah dibedil dengan 4 serangan roket. Ketiga-tiga isterinya dan 8 orang daripada anak-anaknya dan cucunya terbunuh. Beberapa orang jirannya juga terbunuh, dan ramai yang cedera.

Hari ini, pengeboman masih belum berhenti. Sebaliknya, ia berterusan dengan lebih banyak. Malam itu amat teruk dan kami tidak boleh tidur kerana bedilan-bedilan bom dan kesejukan.

Serangan malam semalam dan pagi ini memusnahkan Parlimen Gaza yang baru sahaja dibina. Dua kementerian, diantaranya Kementerian Pelajaran, sebuah sekolah, sebuah hospital dan sebuah klinik, sebuah kilang keju dan dadih juga musnah. Bersama 3 buah tempat pertukaran wang. Itu mungkin tidak nampak penting, tetapi sudah hampir 5 bulan, orang-orang Palestin di Gaza dibayar dalam dollar dan bukan shekels (matawang Israel) lagi. Dan sekarang, pejabat pertukaran wang telah dibom!

Pada pagi ke 6 pembunuhan beramai-ramai ini, ada 412 mayat dan 90 daripadanya masih belum dikenalpasti. Dalam 322 yang telah dikenalpasti, antaranya adalah 38 kanak-kanak. Terdapat 2,000 cedera termasuk 261 kanak-kanak. Kanak-kanak itu, adakah mereka penjenayah? Adakah mereka pengganas?

Tak ada tempat yang cukup untuk merawat mereka yang cedera di hospital Gaza, dan ramai di antara mereka yang lumpuh untuk seluruh hidup.

Pada hari ke5 peperangan, kekurangan roti dan makanan masih belum berakhir… begitu juga gangguan bekalan elektrik.

Sesetengah lokasi telah dibom beberapa kali. Dengar macam pelik. Ada orang yang jelaskan kepada saya yang Israel masih bom tempat-tempat yang sama dalam beberapa situasi, walaupun tempat itu telah musnah sama sekali; supaya Uranium akan kekal, mengakibatkan masalah kesihatan yang berterusan.

Sahabat sekalian,

Kami di Gaza, hidup di antara yang telah mati, yang cedera, sedih, tiada harapan, putus asa, optimistic, bertekad, berani, dan patah hati… Setiap daripada kami memegang jiwanya dalam genggaman tangannya.

Hanya tekad untuk terus hidup, berdiri dengan maruah yang boleh menyelamatkan nyawa kami. Jika tidak, kematian pun tidak dicitakan.

Serangan Israel di Gaza tidak ada kena mengena dengan serangan roket daripada Hamas. Mereka menyerang kerana tekad orang-orang Palestine untuk terus hidup dan menentang penjajahan Israel.

Hamas tidak minta banyak. Mereka meminta Israel untuk membuka sekatan pada Gaza yang telah dikenakan sejak 2 tahun yang lepas. Banyak ke tu?


Salma Ahmed, 23 tahun, guru berbangsa Perancis, Gaza French Culture Center.


Terjemahan bebas : Zul Afham

Diterjemahkan daripada Palestine Monitor, artikel di post pada 2 January 2009.

Ana tak pasti sama ada penulis ini masih hidup atau tidak pada saat ini.

Mari kita tanya diri kita apa yang kita boleh buat, daripada beritahu orang apa mereka patut buat…

0 comments: