Berulangkah Kekalahan Regim Zionis 2006 ?


Melihat perkembangan di Gaza sebenarnya amat memilukan hati sesiapa saja. Angka korban bukannya kerana bencana alam, bukan kerana tanah runtuh, gempa bumi, tsunami dan lain-lainnya. Tetapi angka korban yang begitu besar terhasil dari kerakusan regim Zionis untuk menghapuskan ummat Islam.


Agak menyedihkan, negara-negara ummat Islam masih belum lagi bersatu hati untuk membantu ummat Islam di Palestin. Mereka tidak peduli apa yang berlaku kepada ummat Islam Palestin. Mereka lebih pentingkan kepentingan diri mereka sendiri.


Sebelum kejadian serangan pertama yang dicetuskan pada 27 Disember, ummat Islam dikejutkan dengan pertemuan khas Menteri Luar Israel, Tzipi Livni bersama Presiden Hosni Mubarak. Pertemuan seumpama itu amat dikesali. Apa pentingnya pertemuan antara seorang Presiden dengan Menteri Luar bagi sebuah negara yang tidak mendapat pengiktirafan menyeluruh dari negara-negara di dunia ini? Hasil dari pertemuan inilah yang menyebabkan kerajaan Mesir sepi tanpa sebarang tindakan untuk membantu jiran mereka.


Setakat serangan yang dilakukan sehingga semalam, mangsa korban telah dicatatkan dengan begitu menyedihkan. Angka 318 orang yang terkorban bukanlah angka yang sedikit. Begitu juga angka 1,400 orang yang tercedera bukanlah angka yang sedikit. Malahan, kanak-kanak dan wanita turut menjadi mangsa kerakusan regim Zionis. Serangan ini menyamai serangan Zionis yang dilancarkan ke Lubnan pada tahun 2006.


Kelemahan kita sebagai ummat Islam makin terserlah apabila Menteri Luar Mesir, Ahmed Aboul Gheith hanya mendesak agar Hamas dan Israel menghentikan serangan untuk memadamkan aksi keganasan di sempadan Israel-Gaza. Desakan ini disampaikan kepada rakan sejawatnya, Tzipi Levni.


Sekalipun begitu, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert pula menegaskan : Saya tidak akan ragu ragu menggunakan kekuatan Israel untuk menyerang Hamas dan Jihad Islam. Bagaimana caranya? Saya tidak akan memberikan perinciannya sekarang”.


Nampaknya, kesan perang Lubnan 2006 dahulu menyebabkan Zionis makin bernafsu besar untuk membalas dendam. Bukan kepada Hizbullah tetapi kepada rakannya Hamas di Palestin. Semasa peperangan yang meletus di Lubnan 2006 dulu, Zionis bermatlamatkan untuk melakukan pembebasan terhadap dua orang tentera mereka yang telah ditawan oleh pejuang Hizbullah pada 12 Julai 2006. Di samping itu, melalui serangan ini, pengaruh Hizbullah dan pertubuhannya bakal dilenyapkan terus dari muka bumi. Pejuang Hizbullah waktu itu juga turut menawarkan “Prisoners Swap” di antara tawanan Lubnan yang berada di penjara-penjara Zionis dengan kedua-dua tentera tersebut. Ternyata regim Zionis menolak cadangan yang diusulkan. Kononnya di atas nama pembebasan, serangan dilancarkan selama sebulan ke atas Beirut. Angka korban pada waktu itu sangat besar. Yang terkorban pula kebanyakkannya adalah warga awam.


Menurut Robert Fisk dalam Independent News and Media Limited (17/08/2006), angka rasmi yang diperolehi mencatatkan seramai 1,300 orang warga Lubnan telah terkorban. Hampir 400 dari kalangan yang terkorban terdiri dari kanak-kanak. Seramai 3,600 orang pula tercedera dan satu juta rakyat Lubnan kehilangan tempat tinggal.


Di pihak Zionis pula, angka korban di kalangan mereka seramai 53 orang, seramai 1,350 orang tercedera dan 500,000 orang kehilangan tempat tinggal. Waktu itu, rakyat Zionis menentang pentadbiran Olmert dan kerajaannya.


Meskipun begitu, regim Zionis tetap angkuh. Sikap mereka yang menolak tawaran Hizbullah merupakan petunjuk yang jelas. Tawaran Hizbullah itu sebenarnya bertepatan dengan mana-mana undang-undang antarabangsa berkaitan dengan tahanan perang. Tetapi Zionis bukannya masyarakat yang inginkan ketenteraman dan keamanan. Ketenteraman dan keamanan bukan milik masyarakat dunia tetapi hanya milik mereka.


Ternyata, sekalipun 30,000 orang tentera Zionis yang dilengkapi persenjataan yang canggih. Disokong pula peralatan perang yang terhebat dan berdepan pula dengan musuh seramai 2,000 orang. Regim Zionis menemui kekalahan yang diakui ramai dan turut diakui oleh regim mereka sendiri.


Kini mereka kembali menunjukkan taring kezaliman di Gaza. Rakyat Gaza menjadi mangsa. Barangkali Olmert ingin menebus kembali maruahnya yang tercalar, khususnya setelah dikritik hebat oleh Benjamin Netanyahu, Ketua Parti Likud. Ketika kritikan yang ditujukan kepada Olmert di Knesset Zionis, beliau mengecam Olmert kerana telah gagal di dalam menguruskan peperangan di Lubnan. Olmert juga dikecam kerana menerima gencatan senjata kerana ia menunjukkan kepada dunia betapa lemahnya tentera Zionis yang sering dinobatkan sebagai tentera kedua terkuat di dunia.


Kekalahan tentera Zionis ini sentiasa terpahat dalam sejarah dan tentunya mengukuhkan lagi keyakinan ummat Islam, regim Zionis mampu dikalahkan. Regim Zionis terpaksa menelan pahit kekalahan ini. Dengan kemusnahan sebuah jet pejuang F-16, 4 buah helikopter Apache, 3 buah kapal perang dan juga 180 buah kereta kebal Merkava sangat memeranjatkan orang-orang Yahudi sebenarnya. Paling mengaibkan, mereka hanya berdepan dengan 2,000 orang tentera Hizbullah.


Asy-Syeikh Hasan Nasrullah yang menjadi buruan Yahudi masih lagi hidup dan sekarang menjadi hero untuk bangsa Arab keseluruhannya. Malahan beliau dipilih menjadi pemimpin Arab yang paling popular. Kini Asy-Syeikh Hasan Nasrullah kembali sebagai hero Arab yang dikagumi. Memberikan sokongan dan pembelaan kepada sekutunya Hamas. Jiwa seumpama ini sememangnya amat perlu untuk dicontohi oleh pemimpin-pemimpin ummat Islam yang lain.


Apakah pertembungan Hamas dan Regim Zionis pada kali ini akan mengulangi kekalahan mereka sempena 1430 H ?


Dr. Isom Al-Bashir-Antara Tokoh Ulama’ Dunia Yang Unggul


Saya mula mengenali Asy-Syeikh Doktor 'Isom Al-Bashir semasa berada di Syiria. Ketika itu beliau menghadiri satu persidangan ulama yang diadakan di Mujamma' Abu Nour. Persidangan itu lebih memberikan fokus terhadap Ijtihad dan Tajdid. Beliau turut menyampaikan satu kertas kerja dalam persidangan tersebut dan menyertai forum berkenaan tajuk tersebut. Saya hanya mengikuti persidangan ini melalui rakaman vcd.

Kepetahan beliau melontarkan pandangan amat memukau sesiapa sahaja yang mengikuti pembentangannya. Mungkin kerana itulah, beliau digelar sebagai Al-Qaradhawi Ath-Thani (Yusof Al-Qaradhawi Yang Ke 2).

Ucapan yang diselitkan dengan syair-syair Arab amat menakjubkan pendengar. Gurauan-gurauan bersahaja dalam ceramah dan ucapan beliau menambahkan lagi tarikan untuk mengikuti ceramah dan ucapan beliau.

Saya kemukakan dua buah video yang memaparkan bacaan syair gubahan Penyair Muhammad Mustafa Hammam (Penyair Mesir) dan satu persembahan khas nasyid oleh Dr. ‘Isom Al-Bashiir.

Moga Allah terus memilih Asy-Syeikh sebagai salah seorang daie dan mujahid fi sabilillah.


Saksikan nasyid persembahan Asy-Syeikh Dr. 'Isom Al-Bashiir :-


Saksikan pula bacaan syair 'Allamatni Al-Hayat, gubahan Penyair Muhammad Mustafa Hammam :-

Kau adalah guruku, pembimbingku dan contoh teladan untukku.


Dedikasi untuk seluruh rakan-rakan seperjuangan di Ardh Al-Anbiya' (Mesir, Syiria dan lain-lain).


Abang Mat Wajar Menjadi Contoh Generasi Pelapis


Tarbiyah yang digagaskan oleh PAS sebenarnya sangat hebat. Oleh kerana terlalu luas sasaran tarbiyahnya, memungkinkan PAS sedikit tersasar. Pun begitu, tarbiyah PAS juga telah menunjukkan keberkesanan iaitu Abang Mat Sabu. Hati manusia mana yang tidak bersedih kalau faktor kekalahan dikaitkan dengan kita (lihat artikel). Tetapi, bagi pemimpin yang berjiwa besar. Hatinya sentiasa tabah dan beliau mempunyai jiwa yang besar. Contoh teladan ini merupakan suatu mesej penting untuk generasi pelapis akan datang. Didiklah diri berjiwa besar. Binalah matlamat yang jelas dan buangkanlah rasa kemaruk kita terhadap jawatan, pangkat dan kemegahan.

Susunlah tarbiyah yang jitu bagi membangkitkan kekuatan baru untuk anggota jamaah kita semua.

Terima kasih Abang Mat ...

Lihat lagi :


Mat Sabu 'Tak Kisah' Jika Tidak Terpilih Sebagai Calon


ALOR STAR, 23 Dis (Bernama) -- Naib Presiden PAS Mohamed Sabu hari ini berkata beliau tidak kecewa jika tidak terpilih sekali lagi sebagai calon parti itu dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Katanya, apa yang lebih penting ialah calon yang bertanding pada pilihan raya kecil parlimen itu kelak adalah dari PAS.

"Nama calon belum umum lagi dan presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dah maklum calon PAS akan diumum pada 1 Januari ini dan kita tunggu la, tapi jika saya tak terpilih pun tak apa".

"Saya tak kisah kerana yang penting calon adalah dari PAS dan kita sokong siapa sahaja dari PAS", kata beliau kepada Bernama di sini.

Pilihan raya kecil parlimen itu diadakan pada 17 Januari depan ekoran penyandangnya Datuk Razali Ismail meninggal dunia pada 28 November lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, calon Barisan Nasional (BN) Razali, mengalahkan Mohamed yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dengan majoriti 648 undi.

Nama Mat Sabu sebagai calon PAS disebut oleh Menteri Besar Kelantan yang juga penasihat Dewan Ulama PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu naib presiden PAS itu diberi peluang bertanding di kawasan parlimen yang sama.

Mohamed berkata, kenyataan Nik Aziz itu sebenarnya adalah pandangan peribadi beliau dan kuasa untuk memilih calon adalah diputuskan oleh mesyuarat yang dipengerusikan oleh presiden.

Semalam Abdul Hadi berkata, PAS telah mengenalpasti bakal calon dari parti itu yang merupakan seorang profesional dan disukai rakyat.

Katanya, bagaimanapun PAS akan mengumumkan nama calon itu pada 1 Januari depan iaitu lima hari sebelum hari penamaan calon.

Desas-desus mengatakan kenyataan Hadi seolah-olah merujuk kepada calon tempatan dan Mat Sabu bukan calon pilihan.

-- BERNAMA

Jejak Sahabat - Menerima Kunjungan Ustaz Anhar


Malam ini, Kuliah Maghrib di Surau Taman Selasih dan Kuliah Haraki di Markaz Cacar dibatalkan. Pohon maaf kepada ahli jamaah di STM dan Markaz Cacar. Kebetulan pada hari ini saya dikunjungi sahabat lama dan sahabat karib di Mesir dulu. Kunjungan Ustaz Anhar Bin Oper bersama isteri (Kak Bad) dan dua anaknya (Mus'ab & Syaima') tentu sekali perlu diraikan. Saya, Syamilah, Anwar dan Aiman menyambut ketibaan mereka di sini.

Sekadar imbasan kenangan lalu, perkenalan yang agak rapat dengan Ustaz Anhar bermula semasa terlibat dalam Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Beliau di antara yang bertanggungjawab mendidik dan membimbing saya (salah seorangnya) untuk berada di dalam barisan kepimpinan PMRAM. Usaha ini digagaskan oleh Ustaz Aminurrasyid Yatiban (kini berada di UK dan telah menamatkan pengajian di peringkat Phd) melalui program Kolokium Fikir (KOFI). Syamilah merupakan generasi pertama KOFI. Saya generasi kedua bersama-sama dengan Ustaz Nizam Bin Nuh (yang bertindak sebagai guru besar KOFI waktu itu). Ustaz Anhar antara tenaga penting dalam melakukan pengisian. Kenangan waktu itu sangat indah. Ikatan kami cukup kuat sehingga kini.

Perhubungan yang berterusan antara beberapa rakan tetap dieratkan. Che Pie (Lotfi Ibrahim-Kelantan), Pok Su Li (Ilias Ahmad), Nizam Nuh, Anhar Oper merupakan nama-nama yang sentiasa mengikat tali persaudaraan. Tidak dilupakan Ustaz Fauza (Ust Ja), Ustaz Arif Arshad, Azlan Jalil dan lain-lain (sebahagian nama tak tercatat-pohon maaf).

Che Pie merupakan kepimpinan yang mempunyai kelebihan berurusan dengan Arab Mesir. Bukan setakat Arab Mesir, beliau juga hebat ketika berurusan dengan orang Saudi. Khalid 'Auni, 'Ammu Nasir Carpet, mabahis Mesir cukup mudah berurusan dengan beliau. Sifat ringan tulangnya melayakkan beliau menguruskan Lajnah Muhafazah sebagai portfolio yang dikhaskan untuk Naib Presiden II.

Pok Su Li pula yang sentiasa berimejkan ulama' kekal berjiwa murabbi. Dari dulu hinggalah sekarang. Beliau sinonim dengan memegang tanggungjawab dalam Lajnah Dakwah. Hubungan mesranya menyebabkan Pok Su Li diterima kebanyakan mahasiswa Al-Azhar.

Kredibiliti Ustaz Nizam Nuh merupakan pelengkap kepada pakej yang telah ada. Dengan wajah yang tenang dan bersahaja sebagai seorang Presiden beliau cekap berdiplomasi dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia dan Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah. Urusan dengan pihak keselamatan Mesir juga tidak pernah diabaikan. Seringkali saya diajak bersama-sama menemani beliau bertemu dengan pegawai keselamatan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan warga asing. Seringkali juga saya diajak mewakili persatuan untuk melakukan perbincangan dengan pihak Syuun Ijtimaiyyah (Jabatan Kemasyarakatan Mesir). Kefasihan beliau bermuamalah dengan Arab Mesir menjadikan beliau sebagai contoh untuk kepimpinan PMRAM waktu itu.

Ustaz Anhar pula sebagai salah seorang Anggota Lembaga Penasihat PMRAM. Beliau dilantik menjadi Pengerusi Anggota Lembaga Penasihat PMRAM semasa saya menyandang jawatan Presiden. Individu di ataslah yang banyak membantu. Ustaz Fauza Ali menjadi Timbalan Presiden, Al-Ridzwady (Penang) sebagai Naib Presiden I (Lajnah Perancang dan Panitia) dan Khairul Anuar Saad (Perlis) sebagai Naib Presiden II (Lajnah Muhafazah). Kami dibantu oleh Wan Syarifuddin (Johor) sebagai Setiausaha Kehormat, Zaiem Hilmi (Kedah) sebagai Timbalan Setiausaha (Unit Persekolahan) dan Azlan Jalil sebagai Bendahari Kehormat dan beberapa orang Anggota Badan Pengurus.

Cukup banyak pengalaman dan ilmu yang dicedok dari Anggota Lembaga Penasihat PMRAM semasa kami menguruskan persatuan induk di Mesir ini. Pengalaman melalui PMRAM sebenarnya cukup mahal.

Apa yang kami rasai sekarang ini ialah nikmat persaudaraan hasil kebersamaan di masa yang lalu. Perjalanan Ustaz Anhar kali ini dalam usaha jejak sahabat (pada perkiraan saya). Pertemuan dengan saya, sebelumnya dengan Ustaz Lafzul Muda (bekas kepimpinan MAQAZ-Syubra). Esoknya mungkin ziarah Ustaz Hanafiah Hitam (Dungun), Ustaz Mahyuddin Hashim (difahamkan Mahyuddin berada di KL), Che Pie, Pok Su Li dan lain-lain merupakan usaha terpuji.

Barangkali saya juga perlu laksanakan perkara yang sama guna mengukuh ribat persaudaraan yang telah diikat semasa berada di bawah payung Al-Azhar dahulu.


Iktibar Peperangan Ahzab : Pedoman Wahyu Ilahi



Rasanya hampir 3 hari dah tak dapat update Blog Rantau. Ini berikutan kerosakan talian telefon dan tentunya menggagalkan usaha untuk mengaktifkan streamyx. Apapun, Alhamdulillah semuanya dah kembali seumpama sedia kala.

Saya baru aja balik dari surau untuk menyampaikan Kuliah Maghrib. Pada malam ini, saya mengupas ayat 21-25 dari Surah Al-Ahzab. Agak menarik perbincangan pada malam ini kerana ia masih lagi berkisar tentang Peperangan Ahzab. Malahan ayat 21 Surah Al-Ahzab ini telah memberikan pengiktirafan yang tinggi kepada Nabi Muhammad SAW.


Maksudnya : "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah". (Surah Al-Ahzab : 21)

Justeru itulah, Ummu Salamah r.a mendedahkan betapa hebatnya peperangan Ahzab (Khandak) yang dilalui oleh Nabi SAW dan para sahabat. Persiapannya amat mengharukan mata yang melihat dan telinga yang mendengar. Rasulullah SAW sendiri turun padang bertungkus lumus menjayakan misi menggali parit hasil cetusan ide sahabat Salman al-Farisi agar digali parit bagi mendepani tentera Ahzab (tentera bersekutu).

Rasulullah SAW turut berlapar bersama-sama dengan para sahabat yang lain. Tempoh 3 hari tanpa makan dalam suasana musim sejuk pula amat mengharukan sesiapa sahaja yang melihatnya. Tidak hairanlah, apabila Jabir bin Abdullah r.a kembali ke rumah bagi menyediakan makanan untuk baginda dan beberapa orang sahabat. Di sinilah juga, terzahirnya mukjizat Rasulullah SAW, apabila makanan yang disediakan Jabir boleh dimakan oleh seluruh ahli Khandak.

Penyertaan Nabi Muhammad SAW dalam proses persiapan ini meletakkan baginda sebagai contoh ikutan sebagaimana ayat 21 ini.

Keyakinan para sahabat terhadap kemenangan yang dijanjikan Allah SWT tergambar melalui keseronokan bekerja menggali parit dengan penyertaan beramai-ramai ahli Khandak untuk bernasyid sambil bekerja. Lirik gubahan Abdullah bin Rawahah menjadi pilihan ketika itu. Maka berkumandanglah alunan nasyid semangat di kalangan para sahabat.

Demi Allah ! Kalau bukan kehendak Allah, kami takkan dapat petunjuk
Kami takkan berzakat dan takkan sembahyang #
Justeru turunkanlah ketenteraman hati kepada kami
Dan teguhkanlah kaki kami jika kami bertemu musuh #

Rasulullah turut mengangkat suara menyambut alunan nasyid di bahagian hujungnya. Segala keperitan, kesusahan dan keletihan hilang dengan ketenteraman dan keseronokan yang telah dicurahkan oleh Allah SWT melalui teladan baginda SAW.

Semua pihak mencurah keringat. Siang dan malam. Golongan remaja turut membanting tulang membantu baginda SAW. Zaid Bin Thabit antara individu agung tersebut. Keletihan yang dialami oleh anak remaja ini menyebabkan beliau tertidur ketika sedang bekerja. Hingga senjata di tangannya turut terlepas. Ammarah Bin Hazem menyimpan senjata Zaid sehingga menyebabkan Zaid berada dalam keadaan yang cemas kerana kehilangan senjata. Rasulullah SAW lantas bergurau dengan Zaid : "Hai Si Kaki Tidur ! Engkau tertidur hingga senjatamu juga turut terbang". Gurauan yang sarat dengan kasih sayang ini menyebabkan para sahabat terhibur termasuk generasi remaja seperti Zaid.

Inilah contoh teladan baginda SAW. Contohilah baginda dalam kehidupan guna mencari sinar hidayah yang hakiki.

Look! It's The Prime MinistZZzzz...

Semalam, ada sorang kawan forwardkan e-mail ttg PM kite. So, mungkin pengundi2 kat P36 boleh menilai siapa yang patut dipilih ...

***


Yesterday, I attended the National Integrity Convention hosted by the government of Malaysia .

Since Abdullah Badawi became Prime Minister of Malaysia 5 years ago, one of his top priorities was to fight corruption and uphold the values of integrity in both the public and private sector.
The National Integrity Convention are born out of those efforts, and is the government's way of educating people how to do business with integrity. In essence, it was like "Pendidikan Moral", but for adults.

The night before, we were hosted a dinner talk in Hilton, where the guest speaker was Raja Nazrin, the crown prince of Perak.

As a commoner living in the small city of Kuching , I don't get attend a lot of functions involving members of the royal family. That night was one of the rare few occassions in my life, I actually heard somebody addressing himself not as "saya", but as "beta" (the Malay word for "me", reserved exclusively for royalty).


The prince receives tremendous amount of respect from me and the people in attendance.
Raja Nazrin comes across as someone extremely smart and knowledgable. It's not surprising, considering he has a degree from Oxford , as well as a Masters and PhD from Harvard University . He has a reputation of giving exceptionally inspiring speeches on patriotism and on nation-building that connects well with the people at large.


Despite his royal status, Raja Nazrin is also a humble man. I distinctively remember when he was getting married, he explicitly refused the state government to fund his wedding or for large corporates to take up ads in newspapers congratulating him. He insisted instead that the money be used for charity or be spent on projects beneficial to the community.
Raja Nazrin's selfless character is truly the epitome of integrity.

Another speaker at the convention on integrity was Taib Mahmud, the Chief Minister of Sarawak for 27 years.

...

...

No, seriously.

If there's anyone fit enough to teach us integrity, is would be the Sarawak CM and nobody else.


Yesterday, the Prime Minister himself also make an appearance at the convention. Regardless of what anybody thinks of Abdullah Badawi as Prime Minister, you gotta give him at least credit for trying. Speaking my personal experience, government sector has also began taking corruption very seriously.

Prime Minister himself even flew all the way to Kuching just to attend a convention to educate people on integrity. Thet's dedication!


As the speakers took their turns addressing the audience, the hundreds of us in attendance watched admirably as our Prime Minister fell into deep thought.


5 minutes later, Pak Lah was still in deep thought.


10 minutes later.


15 minutes later.


Err, that must be one helluva thought..


Even our Chief Minister of Sarawak was impressed at how much deep-thinking our Prime Minister does.

Suddenly, the Prime Minister jolted a little and rose up from his deep sleep thought!


But a few minutes later, he fell into another bout of deep thought.

That deep-thinking must have went on for nearly half an hour.

I wasn't the only one who noticed it. At least 3 other people came up to me afterwards and asked if I saw the Prime Minister doing his serious deep-thinking on stage in front of 600 people, at a convention on integrity. I wondered if Pak Lah knew that we saw him =deep-thinking.

Yes, Pak Lah, we all saw it.