Blog Rantau : Sempena 10 Zulhijjah








Sempena Hari Raya 'Idil Adha, saya berhasrat cetusan pembinaan blog ini akan menjadi satu langkah dakwah untuk tatapan masyarakat Malaysia.


Hasrat untuk membina blog peribadi sebenarnya telah lama tersimpan. Apatah lagi apabila masyarakat sentiasa dihujani pelbagai isu-isu yang merumitkan pemikiran untuk menentukan keputusan yang wajar dipilih.

Berbekalkan semangat pengorbanan di Hari Raya 'Idil Adha ini serta memohon bimbingan Ilahi, Blog Rantau diharap menjadi suatu medan perbincangan yang sarat dengan faedah dan manfaat.

Salam ukhuwwah.

0 comments: