Rasanya hampir 3 hari dah tak dapat update Blog Rantau. Ini berikutan kerosakan talian telefon dan tentunya menggagalkan usaha untuk mengaktifkan streamyx. Apapun, Alhamdulillah semuanya dah kembali seumpama sedia kala.
Saya baru aja balik dari surau untuk menyampaikan Kuliah Maghrib. Pada malam ini, saya mengupas ayat 21-25 dari Surah Al-Ahzab. Agak menarik perbincangan pada malam ini kerana ia masih lagi berkisar tentang Peperangan Ahzab. Malahan ayat 21 Surah Al-Ahzab ini telah memberikan pengiktirafan yang tinggi kepada Nabi Muhammad SAW.
Maksudnya : "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah". (Surah Al-Ahzab : 21)
Justeru itulah, Ummu Salamah r.a mendedahkan betapa hebatnya peperangan Ahzab (Khandak) yang dilalui oleh Nabi SAW dan para sahabat. Persiapannya amat mengharukan mata yang melihat dan telinga yang mendengar. Rasulullah SAW sendiri turun padang bertungkus lumus menjayakan misi menggali parit hasil cetusan ide sahabat Salman al-Farisi agar digali parit bagi mendepani tentera Ahzab (tentera bersekutu).
Rasulullah SAW turut berlapar bersama-sama dengan para sahabat yang lain. Tempoh 3 hari tanpa makan dalam suasana musim sejuk pula amat mengharukan sesiapa sahaja yang melihatnya. Tidak hairanlah, apabila Jabir bin Abdullah r.a kembali ke rumah bagi menyediakan makanan untuk baginda dan beberapa orang sahabat. Di sinilah juga, terzahirnya mukjizat Rasulullah SAW, apabila makanan yang disediakan Jabir boleh dimakan oleh seluruh ahli Khandak.
Penyertaan Nabi Muhammad SAW dalam proses persiapan ini meletakkan baginda sebagai contoh ikutan sebagaimana ayat 21 ini.
Keyakinan para sahabat terhadap kemenangan yang dijanjikan Allah SWT tergambar melalui keseronokan bekerja menggali parit dengan penyertaan beramai-ramai ahli Khandak untuk bernasyid sambil bekerja. Lirik gubahan Abdullah bin Rawahah menjadi pilihan ketika itu. Maka berkumandanglah alunan nasyid semangat di kalangan para sahabat.
Demi Allah ! Kalau bukan kehendak Allah, kami takkan dapat petunjuk
Kami takkan berzakat dan takkan sembahyang #
Justeru turunkanlah ketenteraman hati kepada kami
Dan teguhkanlah kaki kami jika kami bertemu musuh #
Rasulullah turut mengangkat suara menyambut alunan nasyid di bahagian hujungnya. Segala keperitan, kesusahan dan keletihan hilang dengan ketenteraman dan keseronokan yang telah dicurahkan oleh Allah SWT melalui teladan baginda SAW.
Semua pihak mencurah keringat. Siang dan malam. Golongan remaja turut membanting tulang membantu baginda SAW. Zaid Bin Thabit antara individu agung tersebut. Keletihan yang dialami oleh anak remaja ini menyebabkan beliau tertidur ketika sedang bekerja. Hingga senjata di tangannya turut terlepas. Ammarah Bin Hazem menyimpan senjata Zaid sehingga menyebabkan Zaid berada dalam keadaan yang cemas kerana kehilangan senjata. Rasulullah SAW lantas bergurau dengan Zaid : "Hai Si Kaki Tidur ! Engkau tertidur hingga senjatamu juga turut terbang". Gurauan yang sarat dengan kasih sayang ini menyebabkan para sahabat terhibur termasuk generasi remaja seperti Zaid.
Inilah contoh teladan baginda SAW. Contohilah baginda dalam kehidupan guna mencari sinar hidayah yang hakiki.

Assalamualaikum ustaz.sy ada baca kisah perang khandaq ni dalam sirah rasulullah tulisan mustafa syibaie. kemudian, sy ada mendengar ceramah yg mengatakan Rasulullah juga bernasyid. Rasulullah menyambut perkataan "Amran" apabila sahabat mengatakan dulu "nama engkau juail, sekarang nama engkau Amran". Benarkah cerita ini ustaz?sy mencari-cari juga kebenaran cerita ini tetapi belum berjumpa. jazakallah ustaz. wassalam.