Satu Coretan Kenangan Di Syiria : Dedikasi Untuk Anwar II

Semasa di Syiria, Anwar sibuk membaca kitab-kitab Abah yang tersusun di rak. Walaupun butirannya tidak diketahui, tapi Anwar membacanya dengan tekun. Menggayakan seolah-olah Anwar memahami isi kandungnya. Ummi dapat menyiapkan makanan untuk Abah ketika Anwar membelek kitab Abah. Tapi tak kurang juga, kitab Abah koyak dan diconteng gara-gara Anwar rajin membaca.


Abah cukup sensitif dengan kitab. Abah tak boleh orang pinjam kitab tapi tak pulangkan kembali. Abah juga tak boleh kalau orang pinjam kitab tapi tak menjaganya dengan baik. Ummi faham sikap Abah tentang hal ini. Tapi dengan Anwar, Abah hanya tersenyum mendengar aduan Ummi yang memberikan laporan tentang anak sulung Abah. Alhamdullillah..

Cuma Anwar agak pemalu. Dia tak akan buat di depan orang lain sebagaimana dia lakukan semasa berada di hadapan Abah dan Ummi. Mungkin sejak dari kecil Anwar tidak didedahkan dengan kanak-kanak luar dari rumahnya. Semasa di Syiria dan semenjak pulang ke Malaysia. Pergaulannya terbatas. Anwar berkawan dengan Ummi dan Aiman. Sekali sekala di rumah nenek bersama Abang Aminur Rahman dan Kak Cah (Sofiah) sepupunya. Pendidikan sosial untuk Anwar amat perlu. Mungkin semasa berada di PASTI, Anwar boleh berubah.

Kini, Anwar dah boleh menulis. Anwar boleh menulis namanya dengan tepat. Anwar juga dapat menulis nama Aiman dengan tepat. Anwar tahu menyebut nama binatang dalam Bahasa Inggeris. Anwar juga suka melukis. Kertas A4 Abah agak cepat berkurangan. Anwar lukis gambar Abah dan Ummi, gambar Nenek dan Tok Ki, gambar Ultraman, Tom & Jerry dan lain-lain. Aiman juga tak kurang aktifnya. Pasti mengikut apa yang Anwar lakukan. Telatah Anwar dan Aiman sebenarnya menghiburkan Abah dan Ummi.

Buat masa ini, Anwar belajar Iqra' 1 dengan Umminya. Akhir tahun ini Anwar akan tamatkan buku 1 dan sambung balik buku 2. Agak ketara pada Anwar, sebutannya masih lagi tidak memuaskan walaupun telah berjaya mengenali huruf hijaiyyah. Bunyinya masih lagi pelat dan telor. Awal tahun depan, mungkin Anwar akan beralih ke buku Iqra' 2.

Anwar dah tak sabar nak ikuti pembelajaran dengan guru barunya. Abah dan Ummi tak mampu menjangkakan kesediaan Anwar semasa menjejakkan kaki di PASTI nanti. Harapannya, Anwar bersedia dan terus bersemangat belajar di PASTI (sekolah baru Anwar). Kini gurunya bukan lagi Ummi tapi seorang cikgu yang belum lagi dikenali. Mudah-mudahan Anwar bersedia.


"Abah, Ummi dan Anwar sentiasa merindui
Ardh al-Anbiya', Mesir dan Syiria".








(Anwar bersama Ammu di sebuah kedai)




"Bimbinglah generasi pelapis untuk kepentingan Islam !"



1 comments:

  • Assalamualaikum... singgah menziarah sekejap... comel kisah anak2 saudara... InsyaAllah... ada juga menyimpan azam... mendidik anak untuk kepentingan Islam...