Mungkinkah kejayaan sempena PRK P36 ? Apapun, Pak Lah perlu diberikan sokongan untuk tujuan yang baik ini. Setidak-tidaknya, inilah legasi Abdullah sebelum melepaskan jawatan PM. Pengaruh kekuasaan sebahagian besar pemimpin politik perlu dikekang dengan bersungguh-sungguh agar kepentingan rakyat didahulukan. Lihat..
***
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan lulusnya Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 sebagai satu kejayaan besar bagi kerajaan Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata kejayaan itu akan memberi keupayaan baru kepada kerajaan untuk menghapuskan rasuah dan meninggikan integriti serta keyakinan rakyat kepada sistem kehakiman negara.
"Apabila kita dapat hapuskan rasuah, apabila kita berjaya meninggikan kewibawaan sistem kehakiman negara kita ini, maka ia akan memberi kedudukan yang cukup baik kepada negara daripada segi daya saing kita.
"Ini adalah penting dan juga akan dapat menarik pelabur-pelabur untuk datang ke Malaysia kerana mereka tahu di negara kita nanti tiada rasuah, kalau ada pun sedikit sangat dan di samping itu mereka yakin dengan sistem kehakiman kita," katanya dalam temubual secara langsung dalam Warta Perdana di RTM1, selepas Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang SPK.
Abdullah berkata kedua-dua rang undang-undang berkenaan cukup penting untuk negara dan beliau berasa gembira ia diluluskan oleh Parlimen.
"Saya rasa gembira kerana sebelum ini ramai orang ingat kerajaan tidak dapat meluluskan undang-undang sebegini kerana orang menganggap kerajaan tidak ada kekuatan (kerana tiada mandat dua pertiga di Parlimen), bagaimana untuk meluluskan rang undang-undang yang perlukan pindaan dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan.
"Bagaimanapun kita mengambil pendekatan untuk diluluskan tanpa perlu melakukan sebarang pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Ini kejayaan daripada kekuatan kerajaan dan anggota Parlimen BN yang memberikan sokongan baik untuk meluluskan undang-undang ini," katanya.
Mengenai usaha membasmi rasuah, Abdullah berkata rang undang-undang itu penting bagi kerajaan untuk menunjukkan iltizam bagi menghapuskan rasuah.
Beliau berkata ia memberi keupayaan lebih besar kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan dengan segala perbekalan dan rang undang-undang serta cadangan menambah tenaga BPR kerajaan akan membuktikan ia dapat mengurangkan rasuah dan seterusnya menghapuskan gejala itu.
Berhubung rang undang-undang SPK, Abdullah berkata dengan penubuhan suruhanjaya itu, ia pasti akan dapat memberi keyakinan lebih tinggi kepada rakyat terhadap sistem kehakiman negara.
"Pelantikan calon hakim di negara kita ini di mahkamah tentu akan dapat dijalankan dengan baik dan seterusnya membuktikan kepada rakyat kewibawaan hakim itu yang tidak dapat diragui lagi," katanya.
Sumber :-- BERNAMA

0 comments:
Post a Comment