Ellison Ahli Kongres AS Muslim Menunaikan Ibadah Haji


Anggota Kongres Amerika Syarikat itu telah menyimpan keinginannya selama hampir setahun untuk menunaikan ibadah haji ke tanah suci. Keinginannya itu akhirnya tertunai pada musim haji tahun ini, anggota Kongres yang cukup berpengaruh di antara 535 anggota Kongres AS itu, pada musim haji tempohari, beliau berada di antara sekitar tiga juta jamaah haji dari seluruh dunia.

Dia adalah Keith Ellison, muslim AS pertama yang menjadi anggota Kongres AS. "Ellison sudah merancang perjalanan haji selama seminggu sejak ia melakukan kunjungan ke Arab Saudi setahun yang lalu," kata Rick Jauert, jurucakap Ellison.

Itulah sebabnya, Ellison tidak ikut dalam pertemuan di Kongres yang agak sibuk kebelakangan ini membahas usaha menyelamatkan ekonomi AS, terutama mesyuarat penentuan yang berkait dengan dana penyelamatan bagi industri automotif AS.

"Ia (Ellison) sudah memberitahu jurucakap dan para pimpinan di Kongres bahawa dia akan menunaikan ibadah haji. Jika mereka tahu, suara Ellison akan memberikan pengaruh yang cukup penting dalam perbahasan-perbahasan itu, Ellison kemungkinan tidak akan pergi," ujar Jauert.

Ia mengatakan, Ellison menunaikan ibadah haji bersama sejumlah jamaah dari Masjid Minneapolis, masjid tempat Ellison bergiat aktif. "Ini adalah perjalanan peribadi, ibadah haji. Dia menggunakan kewangan peribadinya untuk membiayai perjalanan ini," ujar Jauert.

Ellison memang tidak mengajak salah satu anggota keluarganya. Dua anak lelakinya ditinggalkan di rumah bersama isterinya yang masih menganut agama Katolik.

Sumber : StarTribune.com

0 comments: