Malam ini, Kuliah Maghrib di Surau Taman Selasih dan Kuliah Haraki di Markaz Cacar dibatalkan. Pohon maaf kepada ahli jamaah di STM dan Markaz Cacar. Kebetulan pada hari ini saya dikunjungi sahabat lama dan sahabat karib di Mesir dulu. Kunjungan Ustaz Anhar Bin Oper bersama isteri (Kak Bad) dan dua anaknya (Mus'ab & Syaima') tentu sekali perlu diraikan. Saya, Syamilah, Anwar dan Aiman menyambut ketibaan mereka di sini.
Sekadar imbasan kenangan lalu, perkenalan yang agak rapat dengan Ustaz Anhar bermula semasa terlibat dalam Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Beliau di antara yang bertanggungjawab mendidik dan membimbing saya (salah seorangnya) untuk berada di dalam barisan kepimpinan PMRAM. Usaha ini digagaskan oleh Ustaz Aminurrasyid Yatiban (kini berada di UK dan telah menamatkan pengajian di peringkat Phd) melalui program Kolokium Fikir (KOFI). Syamilah merupakan generasi pertama KOFI. Saya generasi kedua bersama-sama dengan Ustaz Nizam Bin Nuh (yang bertindak sebagai guru besar KOFI waktu itu). Ustaz Anhar antara tenaga penting dalam melakukan pengisian. Kenangan waktu itu sangat indah. Ikatan kami cukup kuat sehingga kini.
Perhubungan yang berterusan antara beberapa rakan tetap dieratkan. Che Pie (Lotfi Ibrahim-Kelantan), Pok Su Li (Ilias Ahmad), Nizam Nuh, Anhar Oper merupakan nama-nama yang sentiasa mengikat tali persaudaraan. Tidak dilupakan Ustaz Fauza (Ust Ja), Ustaz Arif Arshad, Azlan Jalil dan lain-lain (sebahagian nama tak tercatat-pohon maaf).
Che Pie merupakan kepimpinan yang mempunyai kelebihan berurusan dengan Arab Mesir. Bukan setakat Arab Mesir, beliau juga hebat ketika berurusan dengan orang Saudi. Khalid 'Auni, 'Ammu Nasir Carpet, mabahis Mesir cukup mudah berurusan dengan beliau. Sifat ringan tulangnya melayakkan beliau menguruskan Lajnah Muhafazah sebagai portfolio yang dikhaskan untuk Naib Presiden II.
Pok Su Li pula yang sentiasa berimejkan ulama' kekal berjiwa murabbi. Dari dulu hinggalah sekarang. Beliau sinonim dengan memegang tanggungjawab dalam Lajnah Dakwah. Hubungan mesranya menyebabkan Pok Su Li diterima kebanyakan mahasiswa Al-Azhar.
Kredibiliti Ustaz Nizam Nuh merupakan pelengkap kepada pakej yang telah ada. Dengan wajah yang tenang dan bersahaja sebagai seorang Presiden beliau cekap berdiplomasi dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia dan Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah. Urusan dengan pihak keselamatan Mesir juga tidak pernah diabaikan. Seringkali saya diajak bersama-sama menemani beliau bertemu dengan pegawai keselamatan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan warga asing. Seringkali juga saya diajak mewakili persatuan untuk melakukan perbincangan dengan pihak Syuun Ijtimaiyyah (Jabatan Kemasyarakatan Mesir). Kefasihan beliau bermuamalah dengan Arab Mesir menjadikan beliau sebagai contoh untuk kepimpinan PMRAM waktu itu.
Ustaz Anhar pula sebagai salah seorang Anggota Lembaga Penasihat PMRAM. Beliau dilantik menjadi Pengerusi Anggota Lembaga Penasihat PMRAM semasa saya menyandang jawatan Presiden. Individu di ataslah yang banyak membantu. Ustaz Fauza Ali menjadi Timbalan Presiden, Al-Ridzwady (Penang) sebagai Naib Presiden I (Lajnah Perancang dan Panitia) dan Khairul Anuar Saad (Perlis) sebagai Naib Presiden II (Lajnah Muhafazah). Kami dibantu oleh Wan Syarifuddin (Johor) sebagai Setiausaha Kehormat, Zaiem Hilmi (Kedah) sebagai Timbalan Setiausaha (Unit Persekolahan) dan Azlan Jalil sebagai Bendahari Kehormat dan beberapa orang Anggota Badan Pengurus.
Cukup banyak pengalaman dan ilmu yang dicedok dari Anggota Lembaga Penasihat PMRAM semasa kami menguruskan persatuan induk di Mesir ini. Pengalaman melalui PMRAM sebenarnya cukup mahal.
Apa yang kami rasai sekarang ini ialah nikmat persaudaraan hasil kebersamaan di masa yang lalu. Perjalanan Ustaz Anhar kali ini dalam usaha jejak sahabat (pada perkiraan saya). Pertemuan dengan saya, sebelumnya dengan Ustaz Lafzul Muda (bekas kepimpinan MAQAZ-Syubra). Esoknya mungkin ziarah Ustaz Hanafiah Hitam (Dungun), Ustaz Mahyuddin Hashim (difahamkan Mahyuddin berada di KL), Che Pie, Pok Su Li dan lain-lain merupakan usaha terpuji.
Barangkali saya juga perlu laksanakan perkara yang sama guna mengukuh ribat persaudaraan yang telah diikat semasa berada di bawah payung Al-Azhar dahulu.
Maa syaa Allah.Semua kelebihan itu anugerah Allah.kemantapan BP2 dulu mungkin tarbiyah diterima diamalkan.BP2 sekarang pun kena bagi semangat jg.Byk cabaran yang diaorang hadapi.walaupun ana graduan KOFI juga,smpai skrg pun mkin ana xsanggup jd BP apatah lg kl nak memuhasabah BP2 yang ada.Harap2 mantan2 BP semua sentiasa tasyji' dan mendoakan BP2 sekarang dan jg ahli2 dapat memacu PMRAM mengikut dasar Islam.Wallahu a'lam.Wallahu musta'an.
Oh,ye.mtk izin nak linkkan blog ni ye.
BP2 sekarang pun nampak hebat. Kami tumpang gembira melihat suasana yang ada sekarang. Meskipun begitu, hubungilah ex-BP untuk dapatkan pandangan atau lebih tepat untuk dapatkan tasyji'. Pandangan generasi lama mungkin tak sesuai dengan keadaan sekarang. Apatah lagi kebanyakkannya bergelumang dengan cabaran di tanahair masing-masing.