Saya telah berjanji untuk melakukan ulasan pada malam ini tentang isu Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu berkenaan cadangan calon PAS sempena PRK Kuala Terengganu. Sumber kritikan tersebut datangnya dari blog brother http://alhusseyn51.blogspot.com/ dan juga dari blog http://pinkturtle2.wordpress.com.
Saya percaya kepada hasrat baik penulis artikel ini. Tapi pendekatan penulis dengan tuduhan kewujudan dalang di sebalik kenyataan Ketua Pemuda PAS Terengganu ini agak keterlaluan. Lihat laporan Harakahdaily tentang hal ini.
Pada saya, kupasan seumpama ini sebenarnya menimbulkan perasaan buruk sangka terhadap kepimpinan PAS Terengganu. Justeru tidak hairanlah dalam ulasan respon pembaca dalam blog http://pinkturtle2.wordpress.com amat menyedihkan. Perlukah kita menghina kepimpinan kita sendiri ? Dato’ Mustafa Ali seringkali menjadi mangsa. Sedangkan polemik antara Dato’ Mustafa dan TGNA telah diselesaikan selepas isu kenyataan 16 September. Masing-masing lebih mengenali hati budi dan mempunyai hubungan yang cukup intim.
Menggunakan pengaruh Ikhwan Muslimin tentang kedudukan Mursyidul Am amat tidak bertepatan dengan kaedah pengurusan PAS yang mempunyai Presiden dan Majlis Syura Ulama’. Keputusan untuk menentukan calon sebenarnya bergantung kepada keputusan syura bukannya keputusan peribadi. TGNA juga dalam kenyataan beliau begitu jelas menyatakan ia adalah pandangan peribadinya sendiri.
Manakala kenyataan Ketua Pemuda PAS Terengganu pula mendedahkan cadangan DPPNT adalah hasil mesyuarat jawatankuasa pemudanya. Jadi, di mana yang tak betulnya dalam kenyataan ini hingga dianggap celupar terhadap TGNA?
Pada saya, sewajarnya ahli PAS perlu terbuka dalam hal ini. Kita memberikan keyakinan, calon yang dipilih adalah berdasarkan kemampuan, kajian semasa dan potensi untuk meraih kemenangan. Keputusan calonnya pula bukan PAS Terengganu yang tentukan. Tiga nama yang dicadangkan akan diperbincangkan di kalangan kepimpinan tertinggi parti. Kepimpinan tertinggi parti tidak hanya diwakili oleh kepimpinan Terengganu semata-mata. Amat tidak wajar jika keputusan yang dibuat oleh kepimpinan dan berkebetulan calonnya dari Terengganu, maka kita terus melenting dengan menganggap keputusan tersebut bersifat kedaerahan.
Secara peribadi juga, saya masih lagi mempertahankan kelayakan Haji Mohamad Sabu untuk bertanding di PRK (P36) Kuala Terengganu.
Pohon maaf kepada:
http://alhusseyn51.blogspot.com/
http://pinkturtle2.wordpress.com
0 comments:
Post a Comment