Dewan Pemuda Pas Negeri menolak cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahukan Mohamad Sabu terus dikekalkan sebagai calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan atas alasan beliau adalah ‘orang luar’.
Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, pihaknya menolak cadangan tersebut kerana negeri itu tidak ketandusan pemimpin sebaliknya mempunyai ramai calon muda yang berketerampilan.
Azman Shapawi berkata, pihaknya membuat cadangan itu berdasarkan analisis yang dilakukan pada pilihan raya umum lalu hampir keseluruhan calon luar yang bertanding di negeri ini memperolehi jumlah undi yang tidak memberangsangkan.
Seorang rakan menghantar SMS kepada saya berbunyi :
"Tn Guru Nik Aziz nak Mat Sabu calun K/Trengganu.Kalau Ikhwan Muslimun cakap Mursyidul Am pemutusnya, macam tu juga Iran.Tapi dalam PAS, Mursyidul Am tak berapa laku cakapnya…..".
Benarkah cakap Mursyidul Am tak laku? Kalau tak mahu dengar cakap Mursyidul Am, buat apa lantik seseorang menjadi Mursyidul Am?
Azman agak celupar apabila membandingkan kenyataan Tuan Guru itu dengan keputusan Pemuda negeri dengan katanya , ”Saya menganggap kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahukan Mohamad Sabu terus dikekalkan sebagai calon adalah keputusan peribadi tetapi keputusan kita adalah keputusan bersama,”
Tidakkah Azman tahu bahawa kenyataan Tuan Guru itu walaupun bersifat peribadi tetapi ianya dibuat bukan atas alasan kepentingan peribadi.Tuan Guru telah menyatakan dengan jelas alasannya dengan berkata :
“Kalau boleh saya nak begitu, (kekal calon) sebab di Parlimen ni kena ada orang sepeti Mat Sabu (Mohamad) kerana lidah dia lantang, isu yang ditonjolkannya juga bukan dibuat-buat, tetapi realiti .”
“Saya sudah lama menjadi penceramah dan sekarang pun saya masih berceramah, tetapi lidah saya tidak sehebat Mat Sabu,”ujarnya di sini.
Ketahuilah , pendapat dan kenyataan seorang Tuan Guru seperti Nik Aziz itu adalah lebih bernilai dan bermakna dari seratus manusia seperti Azman.
Azman menolak cadangan Tuan Guru itu dengan alasan Mat Sabu adalah orang luar dan berpandukan kepada analisis yang telah dilakukannya bahawa faktor orang luar menyebabkan jumlah undi yang diperolehi tidak memberansangkan.Benarkah begitu?
Ada pendapat yang menyatakan kekalahan Mat Sabu adalah kerana undi post
Saya harap Azman dan proksinya dapat mencontohi para sahabat golongan Ansar yang dapat menerima Muhammad , orang luar dari Mekah untuk menjadi pemimpin di Medinah.Tidak timbul orang luar atau tempatan.
Wakil Parlimen tidak seperti Adun yang hanya lebih berkisar kepada masalah tempatan.manusia seperti Mat Sabu sudah teruji kewibawaannya .Kita mahukan orang sepertinya di Parlimen.
Jangan lupa bahawa peranan Mat Sabu menggerakan perhimpunan Aman BERSIH dahulu merupakan antara faktor penting kebangkitan rakyat hingga mencetuskan gelombang tsunami yang meranapkan beberapa kerajaan negeri BN dan munculnya Kerajaan Pakatan Rakyat hari ini di lima buah negeri.
Dimana “ramai calon muda yang berketerampilan , yang mempunyai kredibiliti tersendiri dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal diserahkan dan ‘anak tempatan’ berumur awal 40-an, berkelulusan doktor falsafah Ph.D” (seperti yang Azman katakan) berada ketika itu?
Azman tidak akan secelupar itu kalau tidak ada dalang besar dibelakangnya.Siapa dalang itu?
Sumber :
http://pinkturtle2.wordpress.com
http://alhusseyn51.blogspot.com
***
Ulasan Blog Rantau : Isi kandungannya bagus. Tapi perlu jugak berawas dengan kenyataan siapa dalang di sebalik isu ini ?
Saya tak sempat nak ulas coz nak pergi Kuliah Maghrib. Selepas Isyak ada usrah. Mungkin lepas tu boleh ulas panjang sikit.
Apapun, pandangan alhusseyn51/pinkturtle2 mengandungi kebenaran dan boleh dijadikan pengiktibaran.
Jazakumullahu khairan kathiraa.
0 comments:
Post a Comment