Sempena Sesi Persekolahan : Dedikasi Untuk Anwar I

Alhamdulillah, Anwar (4 tahun) makin membesar dan akan memulakan sesi pra persekolahan pada awal tahun depan. Kekadangnya rasa terhibur melihat telatah Anwar yang dah tak sabar-sabar ingin ke sekolah. Beg dan alat tulis telah dibeli. Semuanya hasil rungutan Anwar yang dah tak sabar untuk memiliki alat persekolahan sendiri. Buat masa ini, Anwar masih memilih ikon yang digemari dalam hidupnya sesuai dengan usia kanak-kanak sebayanya. Beg sandangnya Power Rangers, botol airnya Ben 10 dan bekas pensilnya pula Ultraman Nexus.

InsyaAllah, setelah melakukan perbincangan dengan Ummi, pilihan untuk Anwar memulakan sesi persekolahan ialah di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Penyertaan Anwar diharap dapat membantunya dalam memahami erti kehidupan bermasyarakat dan mempercepatkan lagi proses penguasaan dirinya pada bacaan, penulisan, pengiraan dan tentu sekali penghayatan nilai-nilai Islam seawal usia seperti ini.

Harapan Abah dan Ummi, Anwar dan adik-adik akan terus berjaya hingga ke akhirat, InsyaAllah. Apatah lagi, Anwar telah menunjukkan potensi membaca, membilang dan mampu untuk menggunakan komputer dengan baik.

















Semoga Anwar berjaya dunia dan akhirat... Ameen Ya Rabbal 'Alamin...

0 comments: