Anak syarikat T'ganu rugi RM80 juta

Sayangnya, tiada siapa yang menyalahkan kerajaan BN yang telah mengambil alih pemerintahan pada tahun 2004 yang lalu. Tidakkah syarikat-syarikat ini mencatatkan keuntungan yang membanggakan semasa PAS memerintah Terengganu dahulu. laporan ini penting untuk pemilih di P36 membuat keputusan drastik bagi melakukan perubahan.

Undilah calon Pakatan Rakyat Untuk Kesejahteraan Rakyat ...

***

Dec 17, 08 8:02pm



Beberapa anak syarikat kerajaan Terengganu mengalami kerugian keseluruhan kira-kira RM80 juta dalam tempoh tiga tahun lalu, kata menteri besar di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Syarikat-syarikat berkenaan termasuklah Golden Pharos Sdn Bhd, Syarikat Percetakan Islam Terengganu dan Permint-Suterasemai Sdn Bhd, lapor Bernama.

"Syarikat ini didapati ada yang tidak berdaya maju," kata Datuk Ahmad Said ketika menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Rhu Rendang).

Menjawab soalan tambahan Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) yang ingin tahu langkah Terengganu terhadap syarikat itu, Ahmad berkata kerajaan negeri mungkin menutup operasi beberapa syarikat bagi mengelak mereka terus mengalami kerugian.

"Bagi syarikat yang ada (potensi) berdaya maju, kita perlu tukar pihak pengurusan dan ada syarikat tertentu, kita akan buat sesuatu untuk lebih berdaya saing," Ahmad dipetik berkata.

Mengenai status Golden Pharos, beliau berkata beliau tidak dapat memaklumkan lebih lanjut terhadap perancangan yang akan dibuat kerana ia sebuah syarikat yang didaftar di bursa saham.

Sumber : Malaysiakini

0 comments: