Kenapa Bukan Ariffin Deraman ?


Luahan rasa seorang penulis, mungkin pengundi tempatan. Waallahu aklam. Secara peribadi saya juga mengenali Ustaz Ariffin Deraman ini. Kewibawaan dan pengorbanan yang dimiliki oleh beliau sememangnya mencukupi. Hanya Allah SWT yang berhak menentukan siapa bakal menjadi calon PAS di P36. Apa yang penting, siapa pun calonnya kita harapkan anugerah kemenangan dikurniakan oleh Allah SWT.

Terima kasih kepada Tulahan.

***

Semalam penulis ada kesempatan tengok berita tv, sekarang kempen PRK Kuala Terengganu dah mula panas. Isu bagi kedua2 parti sekarang ialah siapa calon?.

Bn belum buat keputusan, PAS pun belum ada keputusan. Tunggu 20/12 Bn umum, 21/12 PAS pula umum. Penulis tak nak ulas calon Bn, penulis nak ulas calon PAS.


Bila baca blog, Abang Mat Sabu lah paling popular. Tapi blog tak melambangkan hasrat sebenar pengundi di sana. Bukan penulis tak suka pada Abang Mat, kalau di tempat lain dari Terengganu penulis sokong Abang Mat calon paling tepat. Tapi untuk PRK ini, penulis lebih sokong calon pilihan PAS Kawasan Kuala Terengganu.


PAS Kawasan lebih tahu kawasan mereka, kita yang diluar cuma buat andaian sahaja. PAS Negeri pun tak arif sangat tentang suasana atau kehendak pengundi tempatan . Tempat-tempat lain pun jika ada pilihanraya, calon dari PAS Kawasan perlu diberi keutamaan.

Siapa calon PAS Kawasan?. Ada beberapa nama mungkin dalam perhatian. Pertama, Dr. Syed Azman seorang yang memang layak dari segi akademik dan jawatannya, tapi dia dah jadi ADUN so bagi kepada calon lain lah. Banyak calon lagi.

Kedua, Dato' Mustapha Ali juga layak dari segi pengalamannya, tapi dia ada cakap PRU ke 12 adalah yang terakhir baginya. Bagi calon lebih muda la.

Ketiga, Dato Wan Mutalib ada kelayakan bidang guaman, berpengalaman lama sebagai ADUN, ada jawatan dalam PAS Kawasan. Dalam PRU ke 12, dia tak bertanding kerana bagi peluang calon lain, lama sanggat dah dia jadi ADUN. PRK kali ini, bagi calon lain juga kot.

Keempat, Dr. Khazani disebut-sebut paling layak, disokong pemuda Terengganu, masih muda dan kelayakan akademiknya tinggi. Namun, dia masih kurang pengalaman dan masih baru. Bagi peluang dia jadi usahawan berjaya dulu.


Kelima, Ust. Azman Shapawi Ketua Pemuda ada kelulusan agama, gaya pidato seperti Presiden. Masalahnya Ust. Azman tidak di Kuala Terengganu, dia di Dunggun. PRU ke 12, dia bertanding di satu kerusi DUN di Dunggun. Bagi calon tempatan lah.

Penulis lebih sokong calon yang keenam,siapa calon keenam ? Ariffin Deraman.

Penulis pilih Ariffin Deraman kerana pengorbanannya yang dah lama dalam jamaah. Beliau berkelulusan Sains Komputer dari USM. Sejak di USM, beliau dah aktif. Beliaulah antara pengerak utama gerakan mahasiswa Islam di kampus USM. Bila dah keluar USM pun, beliau masih lagi membantu jamaah di kampus.

Selepas itu, beliau tidak seperti orang lain bekerja dan bergaji besar dengan ijazah di tangan. Sebaliknya, beliau menginfaqkan dirinya kepada jamaah, bekerja sepenuh masa dengan parti. Dapat la elaun, tapi kecil tak sebesar gaji orang berijazah.

Sehingga beberapa lama, beliau terus berkhidmat untuk parti. Walaupun jasanya terlalu besar kepada parti. Namun, beliau tak pernah dicalonkan oleh parti untuk bertanding pilihanraya. Oleh kerana tak pernah dicalonkan, tak pernah jadi ADUN. Maka, namanya tak taklah tersohor di mata umum. Tapi di mata orang jamaah di Terengganu, memang namanya cukup dikenali termasuk oleh Presiden.

Khabarnya, parti tak calonkan dia, kerana dia selalu tolak untuk dicalonkan. Bagi penulis orang merendah diri seperti inilah yang patut dicalonkan.


Walaupun mempunyai ijazah komputer, beliau tidak tidak lupa menimba ilmu agama. Selepas PAS tewas di Terengganu PRU ke 11, beliau sanggup keluar belanja sendiri pergi ke Timur Tengah untuk tingkatkan ilmu agama dan Bahasa Arab. Sekarang pun, ramai yang panggil beliau Ust. Ariffin kerana ilmu agamanya. Bagi penulis, beliau melengkapi syarat pemimpin yang parti mahu iaitu profesional agama.

Sejak keluar USM, beliau mendaki jawatan dari cawangan sehinggalah sekarang memegang amanah besar sebagai AJK DPP Pusat, Pengerusi JPN Pemuda Pusat, Timbalan Ketua Pemuda Terengganu dan Setiausaha JPN Terengganu.


Dari segi kepetahan berpidato dan berhujjah, rasanya orang Terengganu dah dengar hebatnya beliau semasa menyampaikan ceramah. Orang luar mungkin tak pernah dengar kerana beliau jarang berceramah di luar Terengganu.

Penulis ada mendengar orang seperti Ariffin Deraman tak boleh dipilih, nanti kalau menang siapa nak jaga jamaah?. Inilah masalahnya, bagi penulis orang seperti Ariffin Deraman inilah yang akan jaga dan bawa kepentingan jamaah kerana tarbiyyahnya dalam jamaah tidak ada siapa boleh nafikan.

Ramai yang suka calon yang dipilih mesti ada PHD baru lah boleh lawan calon Bn. Bagi penulis, walaupun ada PHD tapi tak boleh bawa agenda perjuangan jamaah, apa gunanya?.

Ramai juga kata, calon mestilah popular kepada pengundi tempatan. Ariffin Deraman dah terkenal di mata pengundi tempatan. Lama dah beliau dalam PAS Kawasan dan berurusan dengan penduduk Kuala Terengganu. Dah lebih 20 tahun beliau bergelumang dengan rakyat Kuala Terengganu.

Penulis berharap tulisan ini tidak mempengaruhi pemilihan PAS Pusat terhadap calon PRK Kuala Terengganu. Cuma pandangan ikhlas dari seorang yang juga berjuang untuk jamaah. Apa yang penting, siapa calon pun. Bn mesti kita tumbangkan di Kuala Terengganu.
Wassalam.

Sumber : Tulahan atau Tranung Kite

0 comments: