Lawatan akhir Bush ke Iraq disambut balingan kasut


Semalam, kuliah Maghrib saya membincangkan ayat 17-20 Surah Al-Ahzab yang mendedahkan ancaman kepada golongan munafik yang terlibat dalam peristiwa tersebut. Hampir 3 minggu saya menangguhkan kuliah di semua surau dan masjid berikutan keadaan yang tidak mengizinkan. Janji saya, selepas sambutan Hari Raya Idil Adha, saya akan menyambung kembali kuliah-kuliah ini, InsyaAllah.

Bermula pada hari Jumaat 12 Disember (selepas berakhirnya Hari Tasyrik-petang Khamis), saya memulakan aktiviti Khutbah Jumaat di Masjid Pasir Minal, Ceramah Motivasi untuk kakitangan MPOB di De Rhu Beach Resort, Pantai Balok pada hari Sabtu (13 Disember), Kuliah Maghrib di Ketengah Jaya pada hari Ahad (14 September) dan semalam di Surau Feri, Kemasik.

Selesai solat, ada sebahagian ahli jamaah yang mempelawa untuk makan roti canai sambil nak bertanyakan beberapa persoalan. Sebelum ini, seringkali juga dipelawa tapi saya tidak berkesempatan untuk menyambutnya kerana pertembungan jadual selepas Solat Isyak. Sebelum bulan November, jadual selepas Solat Isyak setiap hari Isnin ialah Kuliah Haraki di Markaz Kg Cacar, Paka.

Sambil makan roti canai, kebetulan saya sempat melihat siaran televisyen yang merakamkan saat Bush dibaling dengan kasut. Oleh kerana, agak jauh jarak dengan televisyen, saya tidak menyangka mangsanya adalah Bush. Pagi ini barulah dapat cerita sebenar tentang perkara yang dilaporkan oleh televisyen semalam.

Tahniah Bush ! Penghujung karier anda berjaya memungut perasaan meluap masyarakat dunia dan berjaya meruntuhkan empayar ekonomi AS yang dijulang sebelum ini..

Lihat laporan selanjutnya di bawah ...




WARTAWAN Iraq melemparkan kasut kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush ketika sidang media bersama Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki, bagaimanapun balingan itu tidak menepati sasaran. -fotoAP



BAGHDAD: Kunjungan Presiden George W. Bush semalam sepatutnya menjadi lawatan terakhir ke Iraq sebelum meninggalkan White House bulan depan.

Beliau tidak menerima “cenderamata penghargaan” daripada rakyat Iraq, sebaliknya menerima balingan kasut ketika mengadakan sidang media bersama Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki.

Seorang wartawan Iraq melemparkan dua kasut terhadap Bush tetapi tidak menepati sasaran kerana beliau sempat mengelak balingan.

Kasut itu kemudian mengenai dinding belakang.

Nouri bagaimanapun cuba menyelamatkan Bush walapun balingan itu tidak mengena.

“Ini ciuman perpisahan untuk anda, anda anjing!” jerit wartawan berkenaan dalam bahasa Arab.

Dia kemudian dikenali sebagai Muntadar al-Zeidi iaitu koresponden bagi saluran televisyen Iraq, Al-Baghdadia yang berpangkalan di Kaherah, Mesir.

Kemudian Bush bergurau: “Ia (kasut) bersaiz 10.”

Kunjungan itu diadakan 37 hari sebelum Bush meninggalkan White House.

Bush akan digantikan Barack Obama pada 20 Januari ini.

Bush menggerakkan tindakan ketenteraan ke atas Iraq pada 2003 dalam usaha menggulingkan Saddam Hussein.

Ketika Saddam digulingkan, pentadbiran Bush disanjung tinggi.

“Perang belum berakhir lagi,” kata Bush sambil menambah, perang itu akan mencapai kemenangan kelak.

Selepas itu Bush berlepas ke Afghanistan yang turut diserang Amerika Syarikat atas nama peperangan ke atas pengganas pada tahun 2001.

http://www1.mstar.com.my

0 comments: